
Kemelut yang berlaku antara pelakon, Zahirah MacWilson dan ibunya, Maslinda Yusoff didakwa masih belum menunjukkan sebarang tanda reda.
Artikel Berkaitan: Ibu Zahirah MacWilson Enggan Ulas Isu Hubungan Dengan Anak Dingin – ‘Saya Serah Kepada Allah’
Artikel Berkaitan: Ibu Zahirah MacWilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang Sejak 2024 – ‘Saya Terima Mesej Yang Sedih & Menyakitkan Hati’
Kemelut dua beranak
View on Threads
Maslinda menerusi sebuah komen di Threads tampil membidas kenyataan yang dipercayai dibuat oleh bekas suaminya, Zainol MacWilson berkenaan hubungan anak-anak mereka.
Dalam komen itu, Maslinda mendakwa ada yang cemburu melihat kehidupannya sekarang selain anak-anak rapat dengan bapa tiri.
Manusia ni penuh dengan hasat dengki dan penyakit ain.
Cemburu dengan kehidupan saya lebih baik sekarang.
Cemburu dengan anak-anak lebih sayang bapa tiri dari dia (Zainol).
Sekarang puas hati dia anak-anak perempuan ikut cakap dia hasut anak-anak suruh benci kami berdua!
Mengulas lanjut, Maslinda mendakwa Zainol pernah berlaku curang sehingga sanggup meninggalkan dirinya serta anak-anak bersama tanggungan hutang.
Dia tinggalkan saya dengan empat orang anak bersama hutang dan ada 2 skandal, curang!
Konon dia lah yang paling mangsa.
Dalam pada itu, Maslinda turut mendakwa Zainol tidak menyukai suaminya kini kerana lelaki itu lebih bertanggungjawab daripadanya.
Jangan sampai saya buka aib kenapa anak bongsu di usir keluar!
Nanti malu sendiri bapa kandung tak tahu ajar anak!
Anak lelaki ada sebab tak bercakap dengan dia dan dia sendiri tak perdulikan anak lelaki dia dulu.
Sekarang baru nak tunjuk dia adalah bapa yang baik! Dari dulu dia memang benci suami saya sebabnya suami saya lagi bertanggungjawab daripada dia.
Terdahulu, Zainol mendakwa anak-anak perempuan sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengannya berbeza dengan anak lelakinya, yang tidak bercakap dengannya sejak lebih 10 tahun lalu.
Zainol turut mendakwa anak bongsunya, Zahra yang sebelum ini tinggal bersama ibu dan bapanya tirinya telah dihalau keluar dan kini menetap bersamanya.






![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)

