berita

ICSYV Musim Ketiga Kembali Dengan 10 Episod Baharu, Eh Ada Fafau Lah!

June 19th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Siapa sini layan ‘I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) ‘ pasti tahu rancangan hiburan ini antara yang mendapat sambutan hebat dari penonton. Mana taknya, aksi hos dan panel penyiasat tetap sangat mencuit hati sampai tak kering gusi.

Kini, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM3) musim ketiga kembali bersiaran untuk bahagian kedua selepas ditangguhkan seketika disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan pandemik Covid-19. Apa yang beza kali ini adalah pastinya lebih havoc dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dijalankan bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat. Tak sabar nak tengok!

ICSYVMY3 bahagian kedua

Selain penyiasat tetap ICSYVM3 yang terdiri daripada Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam, episod-episod baharu itu turut diserikan dengan beberapa penyiasat jemputan yang akan menganalisis siapakah penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi sebenar. Episod pertama bahagian kedua itu akan menampilkan Naim Daniel sebagai artis jemputan, manakala kerusi panel penyiasat jemputan pula akan diisi oleh Fara Fauzana dan Ungku Hariz.

Penyanyi lain yang bakal tampil dalam episod akan datang ialah Zizi Kirana, Neeta iamNeeta, Ara Johari, Ronnie Hussein, Amy Mastura, Marsha Milan, Akim Ahmad, Noraniza Idris dan Datuk Nash. Sementara selebriti jemputan pula terdiri daripada Ungku Ismail, Siti Saleha, Fizo Omar, Balkisyh Khan, Fad Bocey, Naqiu, Eirma Fatima, Ayie Floor 88, Maya Karin, Amyza Aznan, Adam Lee, Sweet Qismina, Azhan Rani, Ariff Bahran, Atu Zero, Lisa Surihani, Siti Sarah dan Shuib.

Elemen baru di pusingan ketiga

ICSYVMY3 bahagian kedua ini turut memperkenalkan elemen baharu di pusingan ketiga. Setiap episod, 6 penyanyi misteri akan diperkenalkan. Artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang telah dikenal pasti sebagai penyamar bersuara sumbang di setiap pusingan.

  • Pertama
    6 penyanyi misteri diberikan 2 identiti iaitu penyanyi sebenar dan penyamar yang mengandungi bayangan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah penyamar. 1 penyanyi misteri akan disingkirkan dalam pusingan pertama.
  • Kedua
    5 penyanyi misteri akan melakukan persembahan secara lip sync. 2 suara berbeza akan diperdengarkan iaitu nyanyian yang merdu dan sumbang menerusi persembahan ini. Artis jemputan perlu mengenal pasti dan menyingkirkan 2 penyanyi misteri di dalam pusingan ini.
  • Ketiga
    Sebuah video berkenaan setiap 3 penyanyi misteri yang tinggal akan ditayangkan untuk meyakinkan bahawa mereka ialah penyanyi sebenar. Sekiranya penyanyi misteri tersebut ialah seorang penyanyi sebenar, maklumat di dalam video tersebut adalah benar. Manakala sekiranya penyanyi misteri tersebut ialah seorang penyamar, maklumat di dalam video itu adalah rekaan semata-mata. Artis jemputan perlu mengenal pasti siapakah penyamar berdasarkan tayangan video tersebut dan menyingkirkan 1 penyanyi misteri.
  • Keempat
    Artis jemputan perlu memilih pasangan duetnya antara 2 penyanyi misteri di pusingan penentuan ini. Beliau boleh merujuk kepada pendapat panel penyiasat suara sumbang.

Di penghujung program, sekiranya penyanyi misteri itu seorang penyamar bersuara sumbang, beliau akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RIBU). Jikalau beliau ialah penyanyi sebenar, penyanyi misteri tersebut akan merebut peluang bersaing dengan penyanyi-penyanyi sebenar yang lain untuk menjadi artis di bawah naungan Monkey Bone serta layak untuk merakamkan sebuah single.

Untuk bahagian 1, Mohd Harith Danial dari episod Siti Nordiana telah diumumkan sebagai pemenang utama dengan penilaian barisan juri profesional (60% markah) dan undian atas talian oleh orang ramai (40%) yang berlangsung pada 31 Mei 2020 hingga 14 Jun 2020. Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti episod seterusnya yang akan disiarkan bermula pada 21 Jun 2020, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim live dalam definisi tinggi di www.tonton.com.my

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×