berita

Idea Untuk Travel 6H5M Ke Sydney Yang ’Muslim-Friendly’ Khas Buat Korang & Family Tercinta!

March 19th, 2018 | by Noraniza
Sponsored Post

Kredit foto: Annie Gabillet

Dah lama tak bawa family bercuti? Sekali-sekala mestilah nak kena reward diri sendiri dan keluarga tersayang. Dalam masa yang sama boleh juga meluangkan masa berkualiti bersama family tercinta!

So, kali ni kami dah siap sediakan jadual perjalanan selama 6 hari 5 malam ke Sydney yang mesra muslim gitu! Dah tak payah susah-payah nak buat research dah. Tinggal packing bag je! Apalagi, boleh baca itinerary ni. Confirm korang suka!

Hari 1: Hilangkan jet lag di Darling Harbour, Madame Tussauds & Queen Victoria Building

Darling Harbour ni adalah port untuk lepak-lepak sambil makan angin sebab ada banyak restoran! Di kawasan Darling Harbour ni juga, korang boleh pergi ke Madame Tussauds untuk selfie dengan patung wax selebriti top dunia. Tak dapat tangkap gambar dengan orangnya, dengan patung pun jadilah…

Suka shopping? Boleh berkunjung ke Victoria Building! Dibina sekitar tahun 1890-an, ia merupakan tempat untuk korang membeli-belah di butik-butik mahal. Selain tu, berhampiran dengan Victoria Building ada beberapa shopping mall juga tau!

Hari 2: Eh, wajib datang Sydney Fish Market & Sea Life Sydney Aquarium tau

Ha, kalau korang yang duduk di apartment dan nak carik stok seafood yang fresh untuk dimasak, korang serbu je Sydney Fish Market tu. Lobster dia besar-besar tauuu! Dapnyaa.

Lepastu, korang upah la anak-anak korang dengan berkunjug ke Sea Life Sydney Aquarium untuk melihat kepelbagaian spesis hidupan laut. Banyak yang pelik-pelik dan kita tak pernah tahu pun kewujudannya!

Hari 3: Jalan-jalan di Royal Botanic Gardens, Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge & Taronga Zoo

Tak sahlah kalau ke Sydney tak pergi ke Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Landmark paling dikenali di Sydney. Masa ni lah boleh tangkap OOTD cun berlatarbelakangkan view Sydney Opera House tu.

Then, bila bercuti dengan keluarga, jangan lupa untuk ke Royal Botanic Gardens dan Taronga Zoo. Pasti anak-anak senyum sampai telinga. Eh, comel pulak zirafah ni!

Hari 4: Beach time di Bondi Beach & Coogee Beach

Kredit foto: Lindsay Brown

Pada mereka yang suka menikmati keindahan pantai, Bondi Beach dan Coogee Beach pasti takkan menghampakan korang. Bezanya, Coogee Beach sangat chill dan tenang, manakala Bondi Beach lebih happening.

Nak lagi syok? Korang boleh berjalan di Bondi Beach dan menyelusuri Coogee Walk sehingga sampai ke Bronte Beach yang mana ada pool yang sangat awesome seperti foto di bawah ni!

Kredit foto: Larry Rivera

Hari 5: Enjoy view menghijau di Blue Mountains pula

Ha, ingat orang Malaysia je ada kisah lagenda? Di Sydney, lagenda Three Sisters yang korang boleh lihat di Echo Point Lookout memang famous!

Selain itu, korang boleh menaiki kereta kabel ke Scenic World, merasai pengalaman melalui landasan keretapi tercuram di dunia serta enjoy persembahan tarian puak Aborigine di Waradah Aboriginal Centre.

Hari 6: Makan, makan, makan di Hunter Valley!

Bagi yang kaki makan, Hunter Valley memang syurga korang weh! Boleh lihat ladang anggur yang terbentang luas, merasai pelbagai jenis keju dan coklat. Erm, memang naik berkilo-kilo lah kalau melepak seharian di Hunter Valley ni.

Oh ya, kat sini korang boleh try naik belon panas juga tau! Bolehlah menikmati pemandangan menghijau daripada sky view pulak!

Senang dapat makanan halal tak?

Ini adalah soalan yang paling kerap bermain di fikiran bila nak melancong ke Sydney ni kan? Jangan risau, banyak je restoran yang halal di sini.

Antaranya ialah Mamak (15 Goulburn St), Shalom (Sussex St), Pondok Selera (Basement Dixon House), Time for Thai (769 George St) , Delima Restaurant (1 Dixon St), Chinese Noodle Bar (800 George St), Kung Fu Ramen (Thomas St) dan banyak lagilah!

Halal food checked! So, apa lagi yang ada di Sydney ni? Ada Vivid Sydney!

Jika korang berkunjung ke Sydney antara 25 May sehingga 16 Jun, korang juga boleh menyaksikan Vivid Sydney, sebuah festival terbesar ‘Music, Lights and Idea’ di dunia yang dianjurkan oleh Australia!

So, nanti bolehlah korang lihat bandar Sydney bergemerlapan di malam hari. Tak percaya? Tengok video di bawah ni:

Psst… Korang boleh menyaksikan sendiri keindahan Vivid Sydney sebab AirAsiaGO buat promosi RM1499/seorang selama 6H5M untuk penerbangan dan hotel!

Ya! Sekarang memang tiada yang mustahil untuk travel ke Sydney dengan bajet yang rendah! Promosi begini memang sangat dinanti-nantikan oleh muda-mudi mahupun korang yang sudah berkeluarga!

Bermula dari sekarang sehingga 30 Jun ni, AirAsiaGO menawarkan percutian ke Sydney dengan harga serendah RM1499/seorang selama 6 hari 5 malam. Harga ni termasuk dengan penerbangan dan hotel ya! Memang berbaloi.

Malah, korang akan memperolehi BIG Points dan juga *RM100 diskaun (untuk 200 tempahan pertama) dengan pembelian minimum sebanyak RM1,200/per tempahan [dengan menggunakan kod kupon: SYDNEY100] apabila membuat tempahan penerbangan dan hotel sekaligus di AirAsiaGO.com! Untuk memperolehi BIG points log masuk di link ini:  http://bit.ly/AAG_BigLoyalty

Fuhhhh, sekarang ni korang dah boleh dah planning tarikh untuk terbang ke Sydney! Cepat booking sebelum promosi habis!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

Most Read Today