berita

Identiti Akak ‘Mengamuk’ Pukul & Ludah Penguatkuasa Dikenal Pasti, Bakal Ditahan Pihak Polis

February 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai seorang wanita ‘mengamuk dengan memukul dan meludah penguatkasa tempatan yang ingin menunda keratanya yang diparkir di kawasan yang tidak dibenarkan.

Terbaru, Harian Metro melaporkan identiti wanita tersebut walau bagaimanapun telah dikenal pasti dan pihak polis bakal mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

Identiti sudah dikenalpasti

Menurut Ketua Polis Daerah Sunagi Buloh Supritendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membuat rondaan di sepanjang jalan di Bandar Baru Sungai Buloh. Semasa membuat rondaan, mereka mendapati sebuah kereta Nissan Almera telah diparkir di kawasan pembahagian jalan sebelum mengenakan kompaun.

Bagaimanapun, rondaan berterusan mendapati kenderaan itu masih berada di situ dan tidak dialihkan. Anggota kemudian bertindak menunda.

Tambahnya lagi, lain pula yang jadinya apabila wanita terbabit yang juga merupakan pemilik kereta tersebut dikatakan secara tiba-tiba telah bertindak di luar kawalan dengan memaki hamun, memukul serta meludah penguatkuasa yang bertugas.

Ketua proses menunda itu, pemilik kereta iaitu seorang wanita datang ke arah anggota, lalu bertindak agresif dengan memaki hamun, menolak dan meludahnya.

Bakal lakukan tangkapan

Sehubungan dengan itu, semasa kejadian berlaku orang awam yang berada di kawasan itu cuba untuk mententeramkan serta menghalang wanita terbabit daripada terus bertindak melulu.

Tetapi wanita tersebut langsung tidak mengendahkannya malah terus mengugut penguatkuasa bahawa dia akan bertindak dengan lebih agresif sekiranya mereka tidak melepaskan kenderaannya. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, penguatkuasa tersebut kemudian membatalkan niat mereka untuk menunda kereta tersebut.

Identiti wanita itu sudah dikenal pasti dan tangkapan akan dibuat untuk siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×