Idzham Ismail

Perkongsian di TikTok milik pelakon Idzham Ismail menuai perhatian apabila dia memberitahu ingin mencari calon isteri baharu.

Artikel Berkaitan: ‘Mahkamah Putuskan Kami Sah Bercerai, Tidak Akan Dirujuk’ – Idzham Ismail

Artikel Berkaitan: Idzham Ismail Akui Gagal Didik Isteri Dengan Baik, Nafi Wujud Orang Ketiga Punca Bercerai – ‘Dia Terkhayal Dengan Duniawi’

Cari isteri baru

Idzham Ismail

Idzham yang juga merupakan duda dua anak berkata, tahun ini dia menyambut Ramadan dan Syawal hanya bersama dua anaknya.

Tahun ini kita puasa dan raya bertiga ya. Mama baru bukan senang nak cari, kena pilih betul-betul untuk korang juga nanti.

Meskipun perkongsian itu disifatkan sebagai gurauan, namun terdapat segelintir netizen memandang sebagai perkara serius.

Terdapat seorang pengguna media sosial mendakwa Idzham mahu mencari calon isteri baharu semata untuk menjaga anaknya.

Eh suka je nak cari bini untuk suruh jaga anak dia. Seronok hidup kau. Kalau nak cari yang elok, diri sendiri cukup elok tak? Kena tengok diri juga.

Cukup elok tak?

Idzham Ismail

Tidak berdiam diri, aktor berusia 36 tahun itu menjawab, dia sedar akan kekurangan diri namun bersyukur atas nikmat dikurniakan Allah.

Anak saya tanggungjawab saya. Alhamdulillah, Allah jemput saya ke Tanah Suci walaupun saya tak elok. Allah buka pintu hati saya ke arah lebih dalam tentang agama. Awak dah taubat?

Dalam pada itu, Idzham turut memberikan respon terhadap komen seorang individu yang melabelnya sebagai seorang bapa yang jahat.

Ada orang marah saya nak cari pasangan baru. Mungkin bagi dia saya jahat sebab tak bersatu kembali. ‘Bitter’ betul dengan kehidupan orang lain.

Imbas kembali, Idzham mengesahkan sudah becerai dengan bekas isteri, Nur Abilah Shamsudin pada November tahun lalu.

Sumber: TikTok