
Pelakon, Idzham Ismail menangguhkan hasrat untuk kembali mendirikan rumah tangga pada ketika ini kerana lebih seronok meluangkan masa bersama anak-anak.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Makan Duit Housewife Dulu..Pelakon Kan Miskin, Mengemis’ – Idzham Ismail Sindir Netizen Pertikai Taraf Hidup Dengan Bekas Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Gaji Sebulan Daddy Ni Tau, Daddy Tak Makan Sebab Belikan Korang Telefon’ – Idzham Ismail Buat Kejutan Untuk Anak-Anak
‘Dulu memang nak kahwin semula…’

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Idzham Ismail, 37, berkata selepas bercerai dia sememangnya mahu mencari suri di hatinya.
Bagaimanapun, apabila melihat pada keadaannya sekarang, Idzham berkata dia seolah-olah tidak mahu melibatkan diri dalam hubungan cinta lagi.
Dulu saya memang nak kahwin lagi selepas cerai tapi sekarang saya tidak mahu untuk menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa lagi.
Lagi seronok hidup dengan anak-anak.
Bercerita lanjut, Idzham berkata sebelum ini dia pernah mengenali hati budi seseorang namun pertemuan itu tidak menemui jalan penamat.
Saya bukan tidak mahu berkahwin langsung tapi nanti lah, bukan dalam masa terdekat.
Sebab kenal orang baru buang masa saya rupanya. Kalau Allah hadirkan jodoh, Insya-Allah saya terima.
Perkongsian Idzham mendapat perhatian orang ramai. Warganet mendoakan agar Idzham bertemu jodoh dengan orang yang baik dan dapat menerima dirinya.
Untuk rekod, Idzham sah bercerai dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada 4 November 2024 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil pernikahan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.
Sumber: Threads








