berita

Ifa Raziah Dah Cucuk Vaksin Pfizer

July 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Terdahulu, penyanyi serta pengacara, Ifa Raziah telah memuat naik video mengenai dirinya yang membatalkan niat untuk mengambil vaksin jenis Sinovac disebabkan kekeliruan serta salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin di MITEC.

Artikel berkaitan : ‘Tak Cucuk Pun Akan Mati Juga Kalau Dah Sampai Ajal’ – Ifa Raziah Tolak Ambil Vaksin Selain Pfizer?

Kini, Ifa Raziah telah menerima suntikan dos pertamanya jenis Pfizer di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor setelah mendapat sepucuk surat sebagai rujukan agar dia mendapat vaksin yang bersesuaiannya.

Selesai terima dos pertama

Menerusi satu hantaran video yang telah dimuat naik oleh Ifa Raziah di Instagram, dia memberitahu bahawa dia telah selesai mengambil dos pertamanya. Akibat daripada mengalami alahan yang teruk, dia disarankan untuk mengambil suntikan jenis Pfizer atas nasihat doktor.

Menurutnya, dia berasa bersyukur kerana proses suntikan vaksinnya berjalan dengan lancar dan dia turut berterima kasih kepada petugas yang sedang bertugas di pusat perubatan berkenaan kerana memberi layanan yang baik.

Syukur Alhamdulillah saya sudah mendapat vaksin Pfizer untuk dos pertama di sebuah hospital di Bangi. Terima kasih banyak-banyak di atas layanan yang diberikan. Kesemua kakitangan sangat baik dan prihatin kepada pengunjung yang hadir menerima suntikan vaksin.

Walau bagaimanapun, tujuannya untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer itu bukanlah disebabkan dia mengada-ngada tidak mahu kena cucuk, namun doktor yang tidak membenarkan dan dia sanggup untuk mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan vaksin Pfizer demi kesihatannya.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×