berita

Ifa Raziah Menumpang Kasih Mak Mertua

July 9th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Event Planta -24

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak esok, pihak jenama makanan terkenal, Planta dengan kerjasama program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) telah mengadakan sebuah segmen khas yang dikenali sebagai Air Tangan Ibu.

Berkongsi mengenai air tangan ibu, pelakon dan penyanyi terkenal, Ifa Raziah telah memaklumkan bahawa dia sendiri amat menggemari masakan arwah ibunya dan setelah kehilangan ibu tercinta sejak tiga tahun lalu, penyanyi ini telah banyak menumpang kasih disamping ibu mertuanya, Puan Khizan Bt Zain.

Ini merupakan tahun ketiga arwah mak saya meninggal. Jika tahun-tahun sebelum ini saya akan balik rumah mak untuk berbuka puasa dan akan bergilir-gilir balik rumah mak mertua, akan tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang ini kami sekeluarga akan balik rumah mak mertua saya sahaja.

Lagipun saya memang suka makan masakan mak mertua dan banyak belajar daripada dia. Terus terang saya cakap, masa mula-mula kahwin dulu saya memang tak pandai masak. Tapi bila dah berkahwin dengan anak mak (suami), saya banyak belajar daripada dia terutama masakan yang anak mak suka.

Event Planta -17

Ifa Raziah bersama ibu mertuanya, Puan Khizan

Mengulas lebih lanjut mengenai hubungan baiknya dengan ibu mertua, penyanyi ini melahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang ibu mertua yang amat memahami dan bertimbang rasa.

Alhamdulillah,  memang seronok dapat mak mertua yang memahami. Walaupun sebelum kahwin dia tak kenal siapa saya dan banyak dengar gosip sana sini, tapi saya tak salahkan dia.

Jadi, bila dah kenal saya sebagai anak menantu, dari situ mak boleh tahu hati budi saya macam mana dan buruk baik saya.

Event Planta -11

Ifa Raziah menyediakan masakan bersama ibu mertua

Beralih kepada kerjaya seni, Ifa Raziah akui sebelum ini banyak stesen-stesen televisyen tempatan tidak mengambil dirinya berlakon kerana faktor tubuh badan yang sedikit berisi. Akan tetapi, setelah mengikuti tarian zumba sejak Januari lalu, pelakon ini melahirkan rasa lega kerana telah berjaya mendapatkan semula bentuk badannya yang ideal.

Tiap-tiap minggu saya akan mengikuti tarian zumba dan daripada situ saya ada seorang jurulatih yang akan membantu saya untuk dapatkan semula bentuk badan yang ideal. Jika tahun lepas berat badan saya 65kg, tapi sekarang dah turun kepada 55kg.

Dah hampir tujuh bulan juga saya ikuti tarian ini dan Alhamdulillah, sekarang ini dah mula dapat tawaran berlakon dan nyanyian seperti biasa.

Merujuk perkembangan terbaru, Ifa Raziah baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama bersiri Horey-horey Raya bersama Tomok untuk siaran RTM 1 dan kini sedang sibuk menjalankan perniagaan biskut raya keluarannya sendiri yang dikenali sebagai Serifa Cookies by Ifa Raziah. Biskut raya ini dipromosikan menerusi laman sosialnya sendiri iaitu Instagram, Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa foto menarik yang sempat lensa kamera kami rakamkan sekitar siaran langsung program Wanita Hari Ini (WHI) bersama segmen Air Tangan Ibu semalam.

SKIP THIS AD ×