Meskipun ada pihak yang cuba mengkritik dirinya, namun pelakon dan usahawan Datuk Ifa Raziah sama sekali tidak gentar untuk memberikan yang terbaik terhadap perniagaan yang diusahakannya.

Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Beri Bayangan Pekerja Dipecat Seorang Pengacara? – ‘Dia Kata Mahu Cari Duit Lebih, Saya Lepaskan Cara Baik’

Artikel Berkaitan: Pengunjung Bertuah Starvendors KLCC Bakal Bawa Pulang Duit Raya Bernilai Lebih RM100k!

Bukan ‘downgrade’

Ketika ditemui OhBulan!, Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha tidak ambil pusing dengan kata-kata orang terhadap dirinya.

Sekarang masalahnya adalah terlalu banyak sangat acara yang berlaku pada tarikh yang sama. Tetapi tidak ada vendor.

Lagi satu apa yang saya nampak, ada juga yang baru nak jadi penganjur tapi marketing tak cukup kuat, tarikan pun sama tak cukup kuat. Barangan produk tak cukup kuat begitu juga dengan jenama mereka yang tak besar.

Kita jalan sahaja. Orang nak kata saya downgrade ke, saya apa pun saya tak kisah.

Dalam masa yang sama, Ifa menjelaskan sebab mengapa dia memilih lokasi baharu bagi acara membeli belah Starvendor KL Mega Raya Festival 2025.

Sebenarnya saya tak downgrade, sama sahaja. Cuma, kita nak keluar ke tempat baru.

Tukar lokasi ni sebenarnya dah dua tahun kita buat dekat WTC dan KLCC, jadi kali ni kita nak tukar tempat yang boleh memasak sebab orang nak makan, nak sahur, nak moreh. Sebab itu saya mahukan kelainan.

Ifa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Starvendor KL Mega Raya Festival 2025 yang diadakan di Ruang Rama Event Space, Petaling Jaya pada Rabu.

Lokasi baru

 

View this post on Instagram

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Dalam masa yang sama, Ifa selaku Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd mendedahkan terdapat segelintir individu yang tidak percaya akan kebolehannya.

Selama ni orang pandang rendah pada saya, kata ‘Ifa Raziah ni boleh ke buat?’

Hello, aku dah berapa tahun buat Starvendor, gagah sahaja. Orang yang pandang rendah pada saya sebab anda semua tak percaya kepakaran yang saya boleh buat benda ni.

Yang skeptikal terhadap saya itu adalah saingan saya. Sekurang-kurangnya saya berani mencuba.

Sementara itu, pelakon berusia 49 tahun tersebut memaklumkan acara Starvendor pada tahun ini pastinya memberikan pengalaman berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini dengan kehadiran para selebriti dan barangan jualan yang berkualiti.

Kebiasaannya, kalau Starvendor festival kalau pergi mana-mana negeri atau siri jelajah, pengunjung kami adalah dalam 500,000 ke atas.

Tapi kalau setakat mega raya ni, saya tak rasa 500,000 tu paling minima, paling tidak kita target dalam 800,000 ke 1 juta pengunjung dalam masa 80 jam.

Lebih menarik, bayaran parking adalah percuma untuk kali ini memandangkan tempat letak kereta sangat besar sehingga boleh menempatkan sebanyak 20,000  hingga 30,000 buah kereta. Ada indoor dan outdoor juga.

Starvendor KL Mega Raya Festival 2025 akan berlangsung di lokasi baru yang lebih menarik iaitu di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai  Besi, Kuala Lumpur.

Festival ini akan diadakan selama 80 jam tanpa henti bermula dari 20 hingga 24 Mac 2025. Dan, ini merupakan penganjuran kali ke-16 sejak tahun 2019.

Menariknya, festival ini juga menyaksikan penyertaan 50 artis terkenal tanah air termasuklah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Afdlin Shauki, Cha Cha Maembong, Ramlah Ram, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Manakala, SPayLater juga menjadi rakan pembayaran eksklusif  untuk Starvendor KL Mega Raya Festival 2025  dengan kemudahan ‘Buy Now, Pay Later’ agar pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih fleksibel.

Selain itu, pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk mendapat ‘Hujan Duit’ dan goodies bag bernilai lebih RM100,000.