Akim Ahmad

Penyanyi, Akim Ahmad menafikan akaun Instagram miliknya telah digodam pada April lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Sehari Habis Sekotak’ – Akim Ahmad Dah Setahun Berhenti Merokok, ‘Turning Point’ Selepas Ayah Diagnos Kanser Paru-Paru

Artikel Berkaitan: Konsert Pernah Dibatalkan, Akim Ahmad Hati-Hati Pilih Penganjur – ‘Saya Tak Serik, Dalam Industri Ni Kita Kena Tempuh Juga’

Bukan digodam

Akim Ahmad

Sebaliknya, menurut Akim, perkara itu merupakan gimik untuk Konsert ATM Rampas Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 28 Jun depan.

Katanya, gimik berkenaan sebahagian daripada promosi konsert dan idea datang daripada penganjur acara iaitu Show Tag Entertainment

IG saya tidak digodam pun, itu hanya gimik untuk konsert Akim & The Majistret sahaja. Idea itu datang daripada penganjur sendiri iaitu Show Tag. Saya dan band terima idea itu untuk jadikan bahan promosi.

Awal-awal saya macam risau juga takut gimik tak menjadi, sebab saya tak pernah buat gimik seperti itu sebelum ini. Tapi nampaknya ramai yang terperdaya dan ada yang percaya.

Akim berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ATM Rampas Kuala Lumpur! yang diadakan di Dadi Cinema, Paviliion Kuala Lumpur, pada Rabu.

Mohon maaf

Akim Ahmad

Dikesempatan itu, Akim mewakili kumpulannya memohon maaf kepada orang ramai yang telah terperdaya dengan gimik berkenaan.

Saya minta maaf kalau ada yang terperdaya dengan gimik itu, saya tak sangka ada prihatin dengan saya apabila IG saya digodam. Terima kasih yang ambil berat.

Peminat sejati Akim & The Majistret mungkin boleh baca, tetapi yang bukan peminat tegar pasti percaya yang akaun Akim dah kena godam.

Bila peminat tahu itu gimik ramai yang menyirap (geram). Saya harap mereka jangan marah lama-lama.

Konsert ATM Rampas Kuala Lumpur! bakal berlangsung pada 28 Jun 2025, jam 8.30 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Band itu akan membawakan lebih 20 buah lagu hits milik mereka serta beberapa buah lagu yang diciptakan untuk penyanyi lain.

Tiket konsert bermula RM159 (Mewangi-normal seating), RM189(Saksama-rockzone) dan RM249(Potret-VIP seating) dan boleh didapati di www.ticket2u.com.my.