Penyanyi, Misha Omar meluahkan rasa syukur selepas dia mendapat semula akaun Instagram miliknya, semalam. Menurut Misha, sebelum ini akaun Instagramnya telah digodam oleh individu yang tidak dikenali.
Tukar nama akaun saya
Alhamdulillah, akhirnya Kak Mitch dapat balik nama Misha Omar yang telah ditukar kepada nama H. A. Fadil beberapa hari yang lalu. Tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman seperti itu. Sesungguhnya hackers itu adalah benar. Kawan-kawan kak Mitch semua hati-hati ya.
Ujar Misha Omar, dia tidak pernah terfikir akaunnya akan digodam sebegitu sahaja. Berikutan daripada apa yang berlaku, Misha memohon kepada semua peminatnya agar berhati-hati. Tambah Misha, setiap individu perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana orang yang melakukan perbuatan ini sangat licik.
Semoga kalian terhindar dari perkara yang tidak baik seperti ini. Terima kasih kepada tangan-tangan yang sangat baik hati menghulurkan pertolongan kepada Kak Mitch! Hanya Allah saja mampu membalasnya.. You know who you are.
Di akhir posting, Misha mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantunya untuk mendapatkan semula akaun Instagram tersebut.
Sumber: Misha Omar