berita

IG Live Sambil Makan Durian Bersama Beberapa Individu, Usahawan Kosmetik Dipanggil Beri Keterangan

August 1st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Ahli perniagaan kosmetik terkenal akan dipanggil untuk memberi keterangan kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila dia membuat Instagram Live sambil menikmati durian bersama beberapa lagi individu lain.

Undang pelbagai spekulasi

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai perkara tersebut sekitar jam 4.00 petang, semalam. Difahamkan, Instagram Live yang dibuat oleh ahli usahawan sambil menikmati durian adalah pada hari Jumaat, jam 1.10 tengah hari.

Pengusaha kosmetik itu adalah seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial. Penularan tangkap layar video itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerana melanggar SOP Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara .

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×