
Berteraskan persoalan utama iaitu mengenai langkah seterusnya, IGNITE yang berlangsung baru-baru ini telah menghimpunkan pemimpin pemasaran dan perniagaan Malaysia dengan perkongsian ilmu, inspirasi dan perbualan bermakna.
Artikel Berkaitan: Media Prima Omnia Perkenal #KitaMalaysia, Pakej Iklan Mampu Milik Untuk PKS Tempatan
Perkongsian & langkah seterusnya

Program yang diadakan satu hari ini menjadi hub untuk meneroka perkembangan terkini selain meninjau peluang baharu dalam bidang pemasaran, perniagaan dan media menerusi perkongsian idea serta pandangan daripada pemimpin industri dan golongan profesional.
IGNITE yang berlangsung di Park Hyatt Kuala Lumpur turut menampilkan perkongsian daripada Kantar dan Idealogic yang mengetengahkan pandangan mengenai perubahan tingkah laku pengguna, trend pasaran serta landskap perniagaan semasa.
Dalam masa sama, turut menjadi pengisian adalah sesi mengetengahkan platform Media Prima, sekaligus memperlihatkan kelebihan ekosistem media bersepadu syarikat ini dalam membantu jenama mencapai audiens.
Sementara itu, Lauren Joyce membawa perspektif berbeza menerusi sesi penceritaan yang menekankan kepentingan idea, pengalaman serta hubungan antara manusia.
Perkongsian tersebut turut mengajak para hadirin untuk melihat sesuatu daripada sudut pandang yang lebih terbuka dalam mendepani pelbagai cabaran dan peluang.
IGNITE bukan sekadar menghimpunkan pemain industri, malah ia menjadi platform yang membuka ruang kepada pertukaran idea dan perbincangan berterusan.
Menerusi inisiatif ini, peserta digalakkan untuk meneroka perspektif baharu, memperluas jaringan serta menjadikan setiap inspirasi yang diterima sebagai langkah ke arah tindakan.
Program ini dilihat menjadi wadah yang menyatukan pelbagai elemen termasuk perkongsian daripada pemain industri, penceritaan, pandangan media serta sesi perbincangan yang membuka ruang kepada pemikiran baharu, sekaligus mencerminkan usaha Omnia untuk mempertemukan komuniti pemasaran dan perniagaan, selain membina dialog yang lebih relevan serta memberi nilai kepada industri.
IGNITE meninggalkan satu ingatan bahawa setiap idea bermula dengan keberanian untuk melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza dan mengambil langkah untuk merealisasikannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai peluang kolaborasi, layari [email protected].








