berita

IJM Land Mempersembahkan Filem Pendek Raya Lain Dari Yang Lain Dengan “Rindu-rinduan Anak Bulan”

April 9th, 2024 | by Nurul
Kini Trending

Saban tahun menjelang Hari Raya, kita selalu menantikan video atau filem pendek Raya yang membawa pelbagai mesej dan makna yang tersirat. Yang pasti, semuanya menyampaikan input yang bermakna dan meninggalkan kesan di hati penonton.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, IJM Land juga turut tampil dengan kemunculan filem pendek menarik yang  menceritakan tentang kepentingan ketabahan dan harapan.

Filem pendek berjudul “Rindu-rinduan Anak Bulan” yang bergenre humor ini mengisahkan tentang percubaan berterusan Pak Ahmad yang tinggal di sebuah kampung kecil yang mencari anak bulan menggunakan teleskopnya.

Walaupun kecewa berulang kali, namun Pak Ahmad tetap gigih dan berusaha meneruskan pencariannya saban hari di langit malam demi menantikan kemunculan anak bulan.

Disebalik rutin hariannya mencari kelibat bulan, Pak Ahmad juga tanpa jemu menandakan hari-hari yang berlalu di kalendarnya yang usang sambil menunggu pengumuman Hari Raya dengan harapan bahawa suatu hari nanti, ketekunannya untuk melihat bulan akan membuahkan hasil, walaupun gagal dalam beberapa percubaan yang lucu antaranya dengan pakaian angkasawan untuk sampai ke bulan. 

Pada suatu malam…

Namun, segalanya berubah pada suatu malam dengan kejadian aneh. Angin yang amat kencang menyebabkan perhiasan Hari Raya di rumah kampung Pak Ahmad terhempas. 

Apa yang berlaku sebenarnya?

Dalam sekelip mata Pak Ahmad berada di suatu tempat yang asing baginya.  Dalam kebingungan dan tanpa disangka pakaian Pak Ahmad telah ditukar kepada Baju Raya, kini sampai di Kampung Bulan dan diiringi oleh penduduk tempatan sambil menyambut Hari Raya. 

Fuyooo!

Disebalik kisah lucu, tersirat mesej yang sangat menyentuh hati..

Tapi sebenarnya..semua itu hanyalah mimpi Pak Ahmad.

Dari babak-babak lucu hingga ke pengembaraan yang magikal, perjalanan Pak Ahmad berakhir dengan babak yang menyentuh hati apabila beliau sebenarnya hanya bermimpi dan lelaki yang bersamanya itu adalah anak lelakinya yang amat dirinduinya. Sedihnya…

Untuk pengetahuan korang, filem pendek “Rindu-rinduan Anak Bulan” ini menggambarkan semangat sebenar Hari Raya iaitu meraikan keindahan, ketabahan, kekuatan dan  persatuan sesama manusia.

Filem pendek ini akan mula ditayangkan di media sosial IJM Land sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bermula 10 April 2024 ini.

Jom layan video penuh di bawah ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin semua!

SKIP THIS AD ×