berita

Iklan Di Facebook Bakal Dikenakan Caj SST 6% Bermula Januari 2020

December 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semasa bajet 2019 dibentangkan pada tahun lepas, kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 6% ke atas servis digital di Malaysia termasuk Netflix, Spotify dan lain-lain bermula 1 Januari 2020.

Terbaru, Facebook telah mengumumkan bahawa Cukai SST bakal dikenakan ke atas pengiklanan yang mempunyai alamat di negara ini bermula pada tahun hadapan.

Ikan Facebook bakal kena 6% SST

Bermula 1 Januari 2020, iklan Facebook di Malaysia akan dikenakan caj SST 6%. Turut terlibat kepada sesiapa yang menjual iklan bisnes atau peribadi ke alamat Malaysia.

Pelaksanaan ini selari dengan pengenalan cukai digital yang sebelum ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. Penguna akan dicaj setiap kali iklan dimuat naik dan ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi FB atau tujuan perniagaan atau peribadi.

Pembayaran secara manual

Pembayaran cukai kepada Facebook dilakukan melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila akaun iklan dibiayai.

Sebagai contoh, pengguna akan dikenakan caj sebanyak USD100 setelah mencapai ambang pengebilan untuk jumlah berkenaan. Sub jumlah bagi caj berkenaan ialah USD100 bagi kos iklan dan kemudian tambahan enam peratus cukai perkhidmatan akan dimasukkan maka jumlah yang perlu dibayar adalah USD106.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×