berita

Iklan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia Ini Ingatkan Kita Tentang Kepentingan Mencintai & Menjaga Keindahan Negara

September 14th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Apabila diminta menggambarkan tentang Malaysia, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kebanyakan daripada kita ialah mengenai kepelbagaian makanan dan budayanya.

Namun, ada lagi satu perkara yang membuatkan Malaysia terkenal iaitu keindahan alam semula jadi yang kita miliki.

Memiliki hutan hujan tropika serta pulau-pulau yang indah, keindahan alam semula jadi ini menjadikan Malaysia tumpuan utama industri pelancongan di Asia Tenggara.

Namun begitu, adakalanya tanpa sedar kita mengambil mudah tentang isu-isu berkaitan alam semulajadi dan alam sekitar.

Oleh itu, pada tahun Sunway ingin mengingatkan kita kembali tentang tanggungjawab untuk meghargai alam semula jadi yang negara kita miliki melalui iklan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Yang bertajuk Malaysia Lestari

Merenung kembali keindahan negara kita, dalam sedar kita mengakui bahawa keindahan inilah yang telah mewarnai kehidupan, mencorak identiti dan keharmonian negara.

Korang tahu tak betapa istimewanya flora dan fauna yang ada di Malaysia?

Memiliki Taman Negara yang juga merupakan hutan tertua di dunia, Malaysia ada pulau-pulau yang menakjubkan dan pantai pasir putih yang menjadi habitat kepada pelbagai hidupan marin termasuklah terumbu karang yang cantik.

Ternyata negara kita benar-benar memenuhi slogannya, “Malaysia, Truly Asia”!

Tetapi di sebalik keindahannya, sumber negara kita sering dieksploitasi oleh pihak tidak betanggungjawab dengan menjalan pembalakan, pencemaran sungai dan permerdagangan hidupan liar.

Bukan itu sahaja, ramai dikalangan kita pandang remeh isu alam sekitar. Sikap suka membuang sampah di sungai dan jalanan sehinggalah menggunakan plastik dan kertas secara berterusan, merupakan satu tabiat buruk dan jika dibiarkan ianya boleh menimbulkan ancaman besar kepada matlamat negara kita untuk menjadi negara yang lebih mampan.

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan berganding bahu bersama-sama untuk menghentikan tabiat buruk ini agar kesedaran dan keprihatinan tentang alam sekitar boleh dipupuk.

Sudah tiba masanya kita ubah cara kita berfikir! Kalau boleh gunakanlah produk mesra alam ketika membungkus dan membeli makanan dan minuman, rajinkan diri menanam pokok dan sertai aktiviti pembersihan anjuran komuniti sekitar kerana tindakan-tindakan kecil seperti ini boleh membawa keajaiban dalam usaha memelihara alam semula jadi.

Bak kata pepatah lama, sikit-sikit, lama jadi bukit.

Lagipun, Malaysia adalah rumah kita dan menjadi kewajipan kita untuk menjaganya!

Sunway menyokong usaha berterusan ini! Malah, penubuhan Kumpulan Sunway juga berkonsepkan pembangunan mampan.

Sebagai sebuah badan korporat terkemuka di Malaysia, Sunway bangga dapat membuka jalan kepada usaha memampankan pelbagai aspek pembangunan dari segi pendidikan, pembinaan, taman tema, hospitaliti dan perubatan.

Berikut adalah beberapa inisiatif yang telah dilakukan oleh Sunway:

  • Membaik pulih dan membina 50 perpustakaan untuk komuniti tercicir  menjelang ulang tahunnya yang ke-50 pada 2024.
  • Menubuhkan stesen pengecas EV di bangunan-bangunan milik Sunway di seluruh negara melalui kolaborasi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Gentari dan EV Connection (EVC).
  • Menukar lebih 14,000 kilogram minyak masak terpakai daripada penduduk dan penyewa Sunway City Kuala Lumpur kepada biofuel.
  • Menubuhkan Sunway XFarms, ladang menegak terbesar di KL untuk menangani isu keperluan makanan di Malaysia.
  • Membina kemudahan rawatan air yang canggih untuk menangani keselamatan air di Sunway City, Kuala Lumpur dengan mengurangkan tekanan ke atas sistem bekalan awam.
  • Sunway City Kuala Lumpur menempatkan ibu pejabat Asia bagi Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDSN) di Universiti Sunway.  Merupakan salah satu daripada tiga pusat seumpamanya di dunia yang menyelaraskan inisiatif kelestarian seluruh benua. Ini meletakkan Sunway City, Kuala Lumpur bersama-sama New York City untuk menyelia Amerika Syarikat dan Paris yang menyelia Eropah dan Afrika.
  • Badan korporat pertama di Malaysia dan antara yang pertama di Asia, melaksanakan rangka kerja dengan menetapkan harga karbon di dalam perniagaannya selain turut memmpunyai strategi pengurangan karbon yang baik untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Since kita masih dalam bulan patriotik, apa kata kita sama-sama ingat-mengingati diantara satu sama lain tentang pentingnya menyayangi dan menghargai negara kita sepanjang masa. Sunway ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia!

Maklumat lanjut berkaitan usaha pembangunan mampan Sunway boleh didapati di SINI.

 

 

SKIP THIS AD ×