berita

Iklan Merdeka Ni Tunjuk Tanda Kita Cintakan Malaysia Dalam Diam, No. 2 Tu Selalu Buat!

August 22nd, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Tengok tu. Merata tempat orang pasang bendera Malaysia!

Sekarang kita berada dalam bulan kemerdekaan. Tak hairan bila nampak banyak bendera Malaysia dikibarkan. Ramai yang mula menonjolkan semangat patriotik mereka. Bila tengok bendera Jalur Gemilang, terasa bersemangat!

Tapi tak semua rakyat Malaysia menzahirkan semangat patriotisme mereka secara terbuka. Ini bukan bermakna yang mereka tidak mencintai negara. Sebaliknya, ia dizahirkan dalam diam.

Oleh itu, kami nak ajak korang tonton video menarik bertemakan Merdeka ni. Confirm korang teruja!

Perodua buat iklan Merdeka menarik, terasa semangat cintakan tanah air

Sempena Hari Kebangsaan ke-66 yang bakal tiba, Perodua keluarkan iklan Merdeka menarik yang berjudul “Patriotik Dalam Diam”. Kami rekomen korang untuk tonton bersama keluarga dan kawan-kawan. Nak tahu kenapa?

Filem ini meneroka semangat patriotisme yang ditonjolkan secara unik dan tersendiri oleh sebilangan rakyat Malaysia. Dalam diam, sebenarnya banyak tanda yang menunjukkan kita mencintai tanah air kita tau.

Daripada video ni, kami dapat kenal pasti beberapa tanda kita cintakan Malaysia dalam diam. Jom kita tengok!

Menyukai bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia

Siapa kat sini sukakan bunga raya? Bunga raya berkelopak besar dan menyerlah. Memang cantik ditanam di sekeliling rumah. Lebih-lebih lagi, ini la bunga simbol kebangsaan Malaysia.

Bunga raya berperanan penting dalam budaya Malaysia dan dikaitkan dengan keindahan, kelembutan, dan kefemininan. Dengan menjaganya sepenuh hati, sebenarnya korang dah ada semangat patriotik dalam diri!

Dengar lagu patriotik Malaysia, terus terikut nyanyi sama-sama

Tengah memandu dalam kereta seorang diri, tiba-tiba radio mainkan lagu patriotik. Apa lagi, mulut ni pun terikut nyanyi ikut rentak dengan penuh semangat. Siap hafal lirik dan melodi pulak tu.

Lagu patriotik yang evergreen seperti Tanggal 31, Jalur Gemilang, dan Keranamu Malaysia sering jadi pilihan. Bila dengar dan hayatinya, semangat sebagai anak Malaysia terus membakar. Itu la namanya cintakan negara!

Pantang bila ada orang luar cuba ubah tradisi Malaysia

Malaysia terkenal sebagai negara harmoni berbilang kaum yang kaya dengan adat dan budaya. Pelbagai tradisi yang ada di Malaysia baik dari segi makanan, pakaian, tarian, lagu dan sebagainya.

Kalau ada orang luar cuba ubah tradisi kita, mesti marah kan? Apabila korang guna kuasa sebagai salah seorang netizen di Malaysia dan pertahankan maruah negara, itu dah cukup membuktikan korang sayang Malaysia tau.

Menjadi salah seorang penyokong pasukan Malaysia

Kaki sukan mesti takkan terlepas bila dengar ada perlawanan sukan yang bakal berlangsung. Lebih-lebih lagi bila dengar pasukan Malaysia yang akan bertarung. Kena datang sokong, baru la pasukan Malaysia bersemangat!

Ada yang pakai jersi Malaysia dan datang awal ke stadium. Siap bawa bendera Malaysia. Tak lupa juga pada penyokong yang menonton siaran langsung di rumah. Betul-betul semangat cintakan Malaysia korang ni!

Setia bersama jenama tempatan walau mampu memiliki jenama luar

Walaupun banyak jenama luar negara, produk keluaran Malaysia seperti Perodua tetap di hati. Sebab kualiti produk tempatan memang terjamin, malah setanding jenama antarabangsa. Setuju sangat!

Buat korang yang masih setia bersama jenama tempatan sampai sekarang, kagum la. Siapa lagi nak menyokong produk buatan Malaysia kalau bukan kita kan?

Iklan Merdeka oleh Perodua dah menyedarkan kita betapa dalamnya cinta dan sayang kita pada Malaysia. Selama ni tak perasan langsung. Selepas tonton, serius korang akan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Jom saksikan bagaimana semangat patriotisme dizahirkan dalam pelbagai cara yang unik lagi berbeza. Korang boleh tonton video oleh Perodua di bawah. Selamat Hari Merdeka!

SKIP THIS AD ×