berita

Iklan Patriotik PETRONAS Bangkitkan Nostalgia 80-an Dengan Pertunjukan Konsert Bersejarah Sudirman

August 29th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Tak lengkap sesebuah perayaan tanpa iklan dari PETRONAS, betul tak?

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini, PETRONAS kembali dengan sebuah filem pendek yang tak kurang hebatnya bertajuk Rai.

Berlatarbelakangkan tahun 1986, Rai mengisahkan tentang Amri dan rakannya, Maniam yang berpindah ke Kuala Lumpur semasa penghijrahan besar untuk bekerja sebagai pekerja PETRONAS.

Apabila Amri terpandang Su Lin, salah seorang penari konsert bersejarah Sudirman di Chow Kit, timbul suatu rasa di antara mereka. Tetapi apabila ada kejadian yang tidak dijangka berlaku, adakah ia akan memecahbelahkan mereka atau menyatukan semua orang?

Jom tonton dulu video ni kalau korang nak tahu..

Apa yang benar-benar menonjol tentang filem pendek ini ialah suasana 80-an yang mengembalikan semua rasa nostalgia dahulu.

 

Daripada gaya pakaian rock kapak, fesyen rambut berkepuk-kepuk sehinggalah kepada muzik ikonik 80-an serta watak-watak di dalam video ni yang menggunakan pita kaset dan Walkman, Rai benar-benar dapat mengembalikan suasana old-school Malaysia pada zaman dahulu.

Part yang menjadi favourite kami mestilah apabila Amri membayangkan dirinya menarik perhatian Su Lin dengan menjadi pemain gitar utama kumpulan rock. Habis digorengnya gitar tu, memang menghiburkan!

Yang pastinya, babak di mana kita dapat melihat sekilas konsert ikonik Sudirman adalah cara terbaik untuk meraikan masa lalu negara kita dan mengingati bagaimana rakyat Malaysia berkumpul untuk menikmati persembahan pada waktu itu.

Kalau korang nak tahu, pada 14 April 1986, Sudirman telah mengadakan konsert percuma di Jalan Chow Kit, yang telah dikenali sebagai salah satu konsert paling ikonik di Malaysia setakat ini.

Pada malam itu, Jalan Chow Kit penuh sesak dibanjiri oleh 100,000 peminat dari seluruh negara yang masing-masing teruja untuk mendengar penyanyi dan penulis lagu terkenal itu membuat persembahan secara langsung. Macam satu keluarga yang besar!

Sudirman membuka tirai konsert dengan membawa lagu yang bertajuk Chow Kit Road dan menyampaikan lagu-lagu hit seperti Apa Khabar Orang Kampung dan Kenali Malaysia Cintai Malaysia, sebelum mengakhiri malam itu dengan lagu Pertemuan Abadi dengan menggayakan baju bendera Malaysia.

Dalam Rai, konsert ini menjadi titik penting dalam cerita, di mana Su Lin akhirnya terlepas peluang untuk menjadi salah seorang penari Sudirman kerana kecederaan yang menimpanya.

Namun, atas budi baik Amri, dia masih dapat merasai kemeriahan konsert tersebut apabila Amri membawa TV ke hospital supaya mereka dapat menontonnya bersama.

Daripada lawak jenaka kepada kesanggupan kita untuk membantu antara satu sama lain tidak kira bangsa, Rai memberi inspirasi kepada semua orang untuk menerima masa lalu kita sambil menerokai masa depan

Kesimpulannya, Rai bertujuan untuk menyampaikan bahawa tak kira sejauh mana kita melangkah dan seberapa banyak yang kita telah capai, kita harus sentiasa ingat dari mana asal usul kita dan nilai-nilai murni yang selamanya tertanam dalam diri kita.

Apa yang menjadikan kita rakyat Malaysia adalah keikhlasan untuk membantu dan memberi inspirasi antara satu sama lain untuk melakukan yang lebih besar dan menjadi lebih baik untuk kebaikan semua. Apabila kita memahami diri kita dari akar umbi, itulah cara kita dapat pergi lebih jauh, membawa diri kita dan negara kita ke tahap yang lebih tinggi.

Pada akhirnya, tidak kira perbezaan kita, kita semua adalah rakyat Malaysia dan akan sentiasa ada untuk satu sama lain di saat memerlukan.

Di kesempatan ini, PETRONAS ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia! Semoga kita semua sentiasa harmoni dan bersatu padu. <3

SKIP THIS AD ×