berita

Iklan Ramadan & Raya Lazada ‘Bukan Beshe-Beshe’ Tahun Ini!

March 26th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Untuk bulan Ramadan dan Hari Raya tahun ini, Lazada memutuskan untuk melakukan kelainan dalam iklan mereka. Mereka memilih pendekatan yang menggelikan hati berbanding iklan yang menyentuh emosi dan hati. Bestnya!

Dua iklan yang menarik

Bersempena dengan kempen jualan Ramadan dan Raya Lazada iaitu Jualan Ramadan Fantastik (dari 25 Februari hingga 5 Mac) dan Jualan Raya Fantastik (dari 24 Mac hingga 6 April), Lazada telah mengeluarkan dua iklan yang akan membuatkan anda tersenyum puas hati.

Menumpukan situasi di sebalik tabir pembikinan iklan, kedua-dua iklan Ramadan dan Raya pada musim ini menampilkan pengarah wannabe-thespian, krew di sebalik tabir termasuk selebriti undangan berserta muzik yang menarik sekaligus menjadi iklan ini lain dari yang lain.

Pada masa yang sama, Lazada tidak mahu menyampaikan mesej yang terlalu berat seperti iklan-iklan yang lain.

Untuk iklan Ramadan, pelakon veteran Nora Danish memainkan watak suri rumah yang sedang melakukan kerja rumah sambil menyahut cabaran menyampaikan skrip yang sarat dengan butiran jualan dalam beberapa saat sahaja.

Bagi iklan Raya pula, ia menampilkan pengarah dan kru yang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rutin tarian perayaan dengan sentuhan moden yang tidak boleh diikuti oleh maskot Lazada, Lazzie.

Kedua-dua iklan Raya ini berjaya mengadun nostalgia, budaya dan juga elemen jualan ke dalam skrip mereka.

Ini membantu Lazada mengekalkan imej mereka sebagai sebuah syarikat e-Dagang yang memahami warga Malaysia beragama Islam yang menyambut perayaan mulia ini.

Setakat ini, Iklan Ramadan Lazada telah berjaya meraih 20.5 juta tonton merentas semua saluran, dengan kadar tonton sehingga 87% di Youtube! Korang semua kini boleh menonton iklan Raya terbaru mereka yang tidak kurang menariknya.

Ingin menambah lagi kemeriahan musim perayaan ini, Lazada telah menganjurkan peraduan-peraduan dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Korang boleh tonjolkan bakat kreatif yang terpendalam dalam Peraduan Pantun Ramadan Raya di laman Instagram Lazada dan boleh memenangi hadiah menarik seperti Dyson V8 Slim Fluffy, Tefal Easy Fry & Grill Classic, Hebe & Garnier Beauty Boxes dan banyak lagi.

Atau membeli dan mengosongkan troli anda sepanjang kempen jualan Ramadan dan Raya untuk memenangi pelbagai hadiah berjumlah lebih RM80,000!

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Lazada, Marcus Chew, pihaknya menekankan kepentingan mengimbangi menghasilkan detik-detik perayaan bermakna dengan elemen jualan yang menarik.

Kami sentiasa mencari tawaran terbaik untuk pengguna kami termasuklah untuk Jualan Ramadan dan Raya kami. Mentertawakan diri sendiri merakam kedua iklan ini membantu kami mendekati pelanggan dengan lebih baik, sambil mencapai objektif yang kami inginkan.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×