Pelakon Ikmal Amry bersyukur namanya semakin dikenali selepas berjaya membawa watak sebagai Fahim dalam naskhah Khianat Yang Terpilih.

Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Dedah Hubungan Makin Akrab, Sudah Mula Borak Di DM – ‘Jefri Nichol Panggil Saya Abang’

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Lakonan Ikmal Amry, Mohon Pengarah Lebihkan Watak Utama – ‘Pakej Lengkap’

Respon watak utama

Ketika ditemui OhBulan!, Ikmal atau nama lengkapnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali memaklumkan dirinya pernah memegang watak utama beberapa kali dalam drama bersiri.

Namun bagi drama Khianat Yang Terpiih, Ikmal berpendapat dia hanya menumpang rezeki rakan sekerja iaitu Amyra Rosli yang disifatkan sebagai idolnya.

Sebenarnya dah beberapa kali saya bawa watak utama dalam drama cuma, orang baru sedar kewujudan saya.

Kebetulan saya berlakon dengan idola sendiri iaitu Amyra Rosli yang umum tahu mempunyai ramai peminat. Jadi, saya pun tumpang rezeki dia.

Terima kasih kepada yang suka dengan lakonan saya, harap diberi peluang untuk menjayakan lebih banyak karya hebat lain.

Ikmal berkata demikian ketika ditemui pada majlis Majlis Rumah Terbuka Tarung, yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Soal populariti

Menjawab tentang kerisauan populariti turun naik, Ikmal meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada rezeki yang telah ditetapkan buatnya.

Tambah Ikmal, dia bersyukur kerana masih menerima tawaran berlakon dan tidak menjadikan populariti sebagai matlamat utama dalam perjalanan dirinya sebagai anak seni.

Saya tak pernah terfikir nama naik atau nak kejar populariti sejak bergelar anak seni.

Kalau fikir dan takut nama naik atau tidak, saya tak akan kahwin awal, nanti populariti menjunam tetapi lain pula terjadi.

Popular atau tidak, saya tolak belakang dan sentiasa percaya konsep rezeki. Cuma sekarang saya tidak rasa nama naik mencanak cuma orang semakin kenal, tidak hilang dan tidak tenggelam.