Tidak dinafikan sejak pandemik Covid-19 melanda negara, pergerakan sektor ekonomi menjadi perlahan dan banyak syarikat yang gagal bertahan lantas meningkatkan kadar pengangguran dalam negara. Akan tetapi kini keadaan negara semakin membaik dan semakin banyak peluang pekerjaan ditawarkan. Namun, ramai yang masih belum tahu atau lupa cara dan teknik yang betul nak approach bakal majikan.
Oleh itu hari ni kami nak kongsi cara dan teknik macam mana nak mohon pekerjaan di syarikat idaman korang dengan bergaya.
Selidik latar belakang syarikat dan perniagaan bakal majikan.
Apabila korang berminat dan ingin memohon pekerjaan di sesebuah syarikat, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa latar belakang syarikat dan jawatan yang ditawarkan. Pastikan jawatan yang ditawarkan bersesuaian dengan kelayakan korang. Jangan lupa untuk semak skop pekerjaan kerana ini akan membantu korang memahami workload korang dengan lebih baik.
Selain itu, ambil tahu tahun syarikat ditubuhkan, siapa pengasasnya dan perniagaan apa yang dijalankan. Ini merupakan salah satu cara nak impress majikan. Sekurang-kurangnya majikan tahu korang memang betul-betul berminat nak bekerja disitu dan dah tahu serba sedikit mengenai perniagaan mereka.
Sediakan portfolio hasil kerja sebelum ini untuk rujukan.
Disamping memeriksa latar belakang syarikat dan skop pekerjaan, korang jangan lupa untuk sediakan portfolio hasil kerja yang korang dah pernah siapkan atau laksanakan sebelumnya. Hal ini akan membantu majikan untuk menilai keupayaan korang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan sekaligus memperkuatkan permohonan pekerjaan yang bakal korang hantar nanti.
Resume mestilah yang terkini & kemas!
Setelah selesai langkah pertama dan kedua, masa inilah korang dah boleh mula siapkan resume terkini untuk dihantar kepada bakal majikan. Pastikan resume korang ringkas dan seboleh-bolehnya tidak lebih daripada 1 muka surat sahaja. Kepilkan juga sekeping gambar passport yang terbaru bersama.
Pastikan resume korang dilengkapi dengan latar belakang, pencapaian dan pengalaman korang bekerja sebelum ini. Kalau kerja part time sekalipun, masukkan je… sebab ianya akan jadi satu adding point untuk memperkuatkan lagi resume korang. Paling penting, buat semakan dan proof reading resume tersebut untuk mengelakkan sebarang kesalahan ejaan dan tatabahasa sebelum ianya dihantar kepada majikan.
Siapkan resume di FastJobs, daftar & mohon pekerjaan sekarang!
Bagi korang yang tak ada resume terkini, hasilkan resume korang melalui aplikasi FastJobs. Template yang disediakan pun kemas dan tersusun. Nak edit pun senang. Lepas tu, mudah majikan nak go through resume tersebut sebab ianya ringkas dan dalam masa yang sama padat dengan maklumat terkini mengenai diri korang.
Dah settle semua langkah diatas, korang terus proceed daftar dan mohon pekerjaan yang korang nak di FastJobs. Lagipun, proses memohon pekerjaan di FastJobs cepat. Klik-klik je, dah siap. Permohonan kerja korang akan terus dihantar kepada majikan.
Tambahan pula, platform FastJobs turut menyediakan profile page mudah akses untuk korang lengkapkan maklumat diri dan kongsikan resume serta portfolio pekerjaan korang. Jadi, mudah la majikan nak akses semua maklumat tersebut.
Bagi korang yang belum familiar dengan FastJobs, FastJobs merupakan satu platform online yang membuka peluang untuk korang mencari kerja di seluruh negara. Banyak giler pilihan kerjaya daripada pelbagai sektor yang korang boleh pilih.
Lebih menarik lagi, jika majikan berminat untuk mengadakan sesi temuduga bersama korang, sesi tersebut boleh dilakukan secara dalam talian. Ini bukan sahaja akan memudahkan korang tetapi juga majikan. Best kan?
Jom mohon kerja dengan FastJobs sekarang!