berita

Ikuti Perjalanan Kami Ke Hong Kong Untuk Berjumpa Dengan Superhero ‘Dr Strange’. Memang Best!

October 21st, 2016 | by Ash Nordin
Filem Antarabangsa

screen-shot-2016-10-21-at-3-44-33-pm

Baru-baru ni kami dapat pergi ke Hong Kong untuk movie junket superhero terbaru, ‘Dr Strange’. Korang pernah dengar tak Dr Strange ni? Apa kuasa superpower dia? Watak siapa yang jahat dalam cerita ni? Kami rasa siapa betul-betul follow superhero dari Marvel ni mesti tahu siapa gerangan Dr Strange ni.

Ok kami bagi intro la sikit, ia mengisahkan seorang doktor yang kaya, ego dan materialistik sehingga lah pada satu hari dia mengalami kemalangan jalan raya dimana dia mengalami kecederaan teruk di kedua-dua belah tangannya. Rabak beb! Dengan duit yang ada dia ingin pulihkan balik tangannya tu tapi tak berjaya. Selepas itu bermula lah.. Haa kalau nak tahu sambungannya korang kena tengok.

Dr Strange, superhero terhandal dalam Marvel?

https://www.youtube.com/watch?v=M4byJWVzuFg

Kami dapat tengok 30 minit tayangan untuk filem Dr Strange ni. Apa yang boleh kami cakap, filem superhero ni memang lain dari yang lain. Grafik, dimensi serta ramai pelakon ternama telah membuatkan antara filem terbaik yang anda wajib tonton tahun ni.

screen-shot-2016-10-21-at-3-59-49-pm

Untuk pengetahuan anda, Dr Strange ni merupakan superhero dari Marvel. Kira dia ni member-member Iron Man, Captain America, Thor dengan Hulk juga la ni. Dengar cerita Dr Strange merupakan antara superhero yang tertua dan terhebat. Wahhh.

screen-shot-2016-10-21-at-4-01-29-pm

Jadi pada anda di luar sana, jangan lupa untuk saksikan filem yang akan keluar di pawagam minggu depan. Confirm takkan menyesal. Terima kasih Disney Malaysia sebab bagi peluang untuk kami rasakan kehebatan filem ni di Hong Kong!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×