berita

‘Ikutkan Boleh Saja Nak Saman Dia, Tapi..’ – Alyah Dedah Sebab Abai Netizen Biadap

December 3rd, 2018 | by faris
Kini Trending

Penyanyi Alyah menjadi bualan hangat pengguna media sosial apabila dikatakan telah ‘menyerang’ Instagram suaminya, Ramli MS. Komen panas Alyah itu kemudiannya mencetus komen netizen lain yang melatah dengan tindakan Alyah itu.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Buat Bacaan Quran Dekat Rumah, Dia Panas’ – Alyah Mengamuk Di IG Tokram?

Penyanyi Sesal Separuh Nyawa itu kemudiannya mendedahkan apa yang menyebabkannya bertindak demikian dalam satu temubual media.

 Mulanya hanya bergurau

Menurut Alyah, komen yang ditinggalkan pada video ucapan hari jadi oleh Jihan dan Nabil itu pada mulanya hanya dengan niat gurauan. Namun, satu komen ditinggalkan seorang wanita yang tidak tahu-menahu hujung pangkal membuatkannya hilang sabar.

Sejujurnya, kami memang ada isu sedikit dan komen saya itu asalnya hanya bergurau tetapi bila ada satu komen balas daripada seorang wanita tidak dikenali membuatkan ia jadi berpanjangan dan saya hilang sabar.

Dia tak tahu apa-apa tetapi sibuk nak komen dalam tu. Dia nasihatkan kita, bila kita nasihat dia, dia bising pula. Dia masuk ruangan kita kemudian lemparkan kata-kata hinaan.

Saya balas komen dia empat kali sahaja tapi dia terus memanjangkan komen dan berterusan tag nama saya di situ.

Masih ada belas kasihan bila tahu status wanita pengkritik

Ujarnya lagi, dia mahu saja menyaman wanita berkenaan namun setelah disiasat, wanita tersebut merupakan seorang ibu tunggal membuatkan Alyah bersimpati.

Ikutkan saya boleh saja kalau nak saman dia… tapi bila disiasat wanita itu berstatus ibu tunggal bersama seorang anak, saya masih ada belas kasihan.

Majoriti pengikut turut sama mengkritik cara wanita itu menulis komen. Tak tahulah fasal apa dia macam mahu berlawan sangat!

Alyah turut menegaskan dia dan Ramli MS masih bersama namun enggan bercakap lebih lanjut mengenainya. Baginya, tidak adil untuk dirinya sahaja yang perlu menjawab segala isu yang bangkit mengenai mereka.

Kami masih bersama, siapa yang tahu-tahulah tapi untuk bercerita lebih lanjut saya rasa cukuplah itu jawapan saya. Dalam satu hubungan perkahwinan, saya rasa tak adil untuk saya seorang sahaja yang kena jawab.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×