Pelakon cantik dari Korea Selatan, Im Soo-hyang berkongsi pengalamannya sewaktu melakukan penggambaran drama My ID Is Gangnam Beauty bersama hero drama iaitu ahli kumpulan ASTRO, Cha Eun-woo.
‘Bibir saya nampak bengkak’
Menurut Im Soo-hyang, sepanjang penggambaran drama tersebut, adegan yang paling mencabar perlu dilakukan mereka adalah adegan yang memerlukan dia sebagai heroin bercium buat kali pertama dengan Cha Eun-woo.
Ujar pelakon berusia 33 tahun itu lagi, mereka berdua mengambil masa selama hampir enam jam termasuk merakam dari pelbagai sudut bagi memastikan adegan tersebut kelihatan cantik dan nampak nyata.
Penggambaran adegan ciuman berlangsung selama lebih 6 jam selama 2 hari. Jika awak benar-benar melihatnya, bibir saya nampak semakin bengkak.
Sekadar info, drama terbaharu yang dibintangi Im So-hyang adalah Kokdu: Season of Deity yang telah pun ditayangkan Mac 2023.
Sumber: Kbizoom