
Anak kepada arwah Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq menyifatkan keputusannya mengimamkan solat jenazah buat bapanya sebagai hadiah terbaik yang boleh diberikan.
Artikel Berkaitan: Jenazah Arwah Dharma Harun Selamat Dikebumikan
Artikel Berkaitan: Mubarak Majid Terkilan Tak Sempat Lawat Dharma Harun Semasa Sakit – ‘Itu Kekesalan Saya’
Hadiah terbaik buat ayah

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 36, berkata pada awalnya dia ragu-ragu untuk mengetuai solat jenazah itu.
Yang pasti, saya boleh cakap itu hadiah terbaik yang saya boleh bagi kepada ayah.
Saya mandikan dia tanpa rasa segan sebab dia adalah bapa saya.
Lepas tu saya tertanya-tanya, boleh ke saya nak imamkan atau ada orang lebih afdal?
Saya tanya imam dan juga pak cik saya, kebetulan dia kata, ‘anak lebih afdal, itu lebih baik’.
Saya cakap dengan diri saya, saya nak buat yang terbaik untuk ayah.
Saya mungkin tidak jumpa dia waktu nafas terakhir tetapi sekurang-kurangnya ini adalah hadiah terbaik pada pengakhiran dia ketika jasad masih di bumi.
Disebabkan sakit tua

Apabila ditanya tentang punca kematian bapanya, Syafiq berkata hasil siasatan mendapati ia adalah disebabkan sakit tua.
Uzur sebab dia memang dah berusia.
Rasanya semua dah tahu keadaan ayah sebelum ini macam mana. Ayah memang dah hilang selera makan.
Dalam pada itu, Syafiq juga dengan tegas mengatakan dia akan mengekalkan nama pentasnya sebagai Syafiq Dharma.
Alhamdulillah, masih ada tawaran. Saya minta tolong untuk susun jadual pun mereka sanggup.
Saya kata dalam dunia seni ini, saya tidak mahu matikan nama Dharma, saya mahu kekalkan supaya orang ingat Dharma itu siapa.
Terdahulu, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves kira-kira jam 12.30 tengahari ini.






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
