berita

Iman Troye Beri Ganjaran RM300 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

June 9th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan, semalam (Khamis).

Artikel Berkaitan: Iman Troye & MK-Clique Bersama PTTI Rai Anak Yatim, Beri Sumbangan RM15,000

Beri hadiah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PTTI (@pttionline)

Iman yang juga Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan melonjak naik ke A.

Kata pelantun lagu Nang, habuan itu terbuka kepada semua calon SPM 2022.

Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.

Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI.

Tambah pemilik nama Siti Nur Alyssa Sahabudin, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik.

Dalam pada itu, penyanyi berumur 21 tahun memberitahu pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) di Instagram PTTI.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×