Sebelum ini, nama penyanyi, Iman Troye menjadi perhatian pengguna Twitter apabila dia didakwa kurang sensitif memuat naik ciapan mengenai statistik kes jangkitan harian COVID-19.
Artikel berkaitan: ‘Happy 6.9k everyone!’ – Iman Troye Padam Akaun Twitter Lepas ‘Bergurau’ Isu COVID-19
Artikel berkaitan: Iman Troye ‘Bergurau’ Isu COVID-19, Sharnaaz Ahmad Beri Respon Padu
Terbaru, Iman Troye tampil membuat permohonan secara terbuka kepada semua pihak.
Cuba jadi lebih baik
Assalamualaikum semua. Saya minta maaf sangat-sangat kepada semua berhubung posting yang saya muat naik. Saya mula sedar selepas saya muat naik tweet tersebut. Tweet yang saya muat naik itu ternyata mengundang salah faham dan saya mengaku itu kesalahan saya. Saya tak berfikir mengenai sensitiviti isu tersebut. Saya patut tahu perkara itu. Saya tidak mempunyai niat untuk melukai hati sesiapa pun terutama petugas barisan hadapan dan mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19 ini.
Di Instagram, Iman memohon maaf kepada semua pihak dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi. Tambahnya, dia turut berterima kasih kepada semua yang sudah memberi teguran buat dirinya. Ujar Iman lagi, dia akan menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang. Di akhir posting tersebut, pelantun suara ‘Teman’ ini meminta semua masyarakat di Malaysia menjaga diri dengan baik.
Tweet berunsur ‘sinis’
Terdahulu, Iman Troye didakwa menulis tweet ‘Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi’. Susulan daripada tweet tersebut, netizen mendakwa Iman seolah-olah dia gembira melihat angka jangkitan harian yang semakin meningkat di negara ini. Akibat daripada perkongsiannya itu juga , Iman Troye telah dikecam oleh netizen sebelum dia bertindak menyahaktif akaun Twitter.
Sumber: Iman Troye