Penyanyi yang sedang melonjak naik namanya dalam industri seni, Iman Troyee telah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto di atas pelamin serba putih dengan memakai busana rona hijau.
Rata-ratanya berspekulasi Iman dan Naim Daniel bertunang selepas ditandakan (tagged) Instagram (IG) pelantun lagu Sumpah itu di atas jambangan tersebut.
Abang saja yang bertunang
Enggan terus peminat berteka-teki, Iman, 18, menyatakan foto itu adalah ketika majlis pertunangan abang dan bakal kakak iparnya. Ketika dihubungi OhBulan!, pemilik nama Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata dia hanya bergurau justeru sekiranya ada pihak yang terasa hati dia memohon maaf.
Semalam adalah hari di mana abang dan bakal kakak ipar iman bertunang. Betul apa yang Naim cakap, sebelum post gambar tersebut, Iman ada hantar dulu kepada Naim.
Maaf ya jika menganggu dan maaf jika ada beberapa pihak yang terasa. Niat memang hanya nak balas gurauan sahaja.. sebab sebelum ini pun kita ada gurau and peminat pun faham itu hanya gurauan.
Tak bercinta pun
Dalam pada itu, pelantun lagu Pejam Celik Hari Raya turut menafikan dia dan Naim sedang menjalin hubungan cinta.
Iman dengan Naim memang macam adik dan abang. tak lebih tak kurang. Not more than that.
Sumber: Instagram @imantroye