
Selepas 18 tahun, filem Impak Maksima yang dulunya mencipta fenomena dalam kalangan peminat permotoran telah kembali dengan kesinambungannya, Impak Maksima 2 yang bakal menemui peminat pada 17 Julai depan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Arfie Shah Gementar Galas Watak Utama Filem ‘Impak Maksima 2’ – ‘Sampai Mental Saya Terganggu’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Filem Impak Maksima 2 Tidak Menjadi, Saya Akan Berhenti Mengarah’ – Ahmad Idham
Kembali lebih hangat

Pada kali ini, filem terbitan Screen Studio Sdn Bhd arahan pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham menampilkan hampir 1,000 buah kenderaan pelbagai jenis sekaligus menjadikan filem ini antara produksi terbesar pernah dihasilkan.
Lebih menarik, filem ini juga menampilkan gabungan barisan pelakon lama seperti Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Zul Huzaimy, Riezman Khuzaimi dan pelakon generasi baharu yang sedang meningkat naik seperti Arfie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli, Fad Bocey dan ramai lagi.
Tidak hanya itu, sesi penggambaran juga dijalankan di beberapa lokasi panas termasuk sekitar Lembah Klang, Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Melaka Bandaraya Bersejarah menjadikan filem ini sebagai salah satu filem yang turut mempromosikan sektor pelancongan.

Sebelum filem ini ditayangkan, Idham pernah berkongsi sepanjang penggambaraan dijalankan, filem ini telah tular di media sosial selain sanggup berbelanja sehingga RM200,000 hanya untuk babak aksi drift kira-kira seminit 30 saat.
Sedikit mengenai filem ini, ia berkisarkan tentang Arfie Shah yang memainkan watak Rudy, seorang pemuda berasal dari Johor dan mempunyai minat dalam bidang permotoran.
Akibat selalu terjebak dalam lumba haram, Dynas Mokthar yang memegang watak sebagai ASP Maria dan juga ibu saudara kepada Rudy bertindak menghantarnya ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan Abang Joe iaitu karakter yang dimainkan oleh Datuk Seri Eizlan Yusof.
Filem Impak Maksima 2 bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 17 Julai ini.






![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)

