berita

Impian 9 Tahun Bercuti Ke Korea Terkubur, Tak Lepas Imigresen Gara-Gara Tak Cetak Tiket Balik & Itenari

November 19th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Korea merupakan salah sebuah negara yang sering dijadikan tumpuan sebagai destinasi pelancongan terutamanya bagi rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk melancong ke luar negara bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak prosedur yang perlu dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Terbaru, hasrat tiga orang sahabat untuk melancong ke Korea terkubur begitu sahaja apabila dua orang daripada mereka dihantar pulang selepas ditahan pegawai imigresen ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Dikuarantin selama 7 jam

Menerusi perkongsian Pudin Bge di Facebook, individu ini menceritakan tragedi yang menimpa diri mereka apabila dihalau dan dihantar pulang ke Malaysia pada hari yang sama mereka tiba di Seoul. Insiden ini dikatakan berpunca kerana mereka gagal menunjukkan return ticket dan itinari seperti yang diminta oleh pegawai imigresen semasa pemeriksaan keselamatan dan  untuk mendapatkan cop pasport di lapangan terbang tersebut.

Menerusi Harian Metro, Muhammad Shaifuddin berkata juga telah disoal siasat selama 7 jam di dalam bilik kuarantin dan tidak dibenarkan keluar walaupun untuk ke tandas sebelum mereka dihantar pulang. Mereka dikatakan telah beratur seperti biasa tetapi tiba-tiba dia dan rakannya, Hasyemi dipanggil oleh pegawai imigresen untuk ke lorong laju.

Pada waktu itulah, kami ditanya mengenai itenari selain diminta menunjukkan tiket penerbangan pulang.

Maklumat berkenaan ada di dalam telefon bimbit tetapi belum dicetak dan pegawai imigresen bertugas enggan mendengar alasan diberikan sebaliknya membawa kami ke bilik kuarantin untuk disoal siasat.

Impian selama 9 tahun

Tambahnya lagi, hanya mereka berdua sahaja yang berhadapan dengan masalah itu semasa di kaunter imigresen sementara seorang rakannya lagi, Fadhil tidak mengalami sebarang isu. Shaifuddin memberitahu bahawa ini merupakan kali pertama dia dan Hasyemi menjejakkan kaki ke Korea setelah sekian lama berhasrat untuk melancong ke negara ini.

Saya memasang impian untuk ke Korea Selatan sejak 2010 lagi kerana suka menonton rancangan realitinya terutamanya Running Man.

Namun lain pula jadinya dan apa yang berlaku menyebabkan saya hilang ‘mood’ untuk melancong lagi dalam waktu terdekat.

Menceritakan kisah itu, Shaifuddin turut meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pegawai imigresen yang bertugas terhadap mereka berdua. Walaupun telah cuba membela diri dan menjelaskan keadaan kejadian sebenar tetapi pegawai tersebut langsung tidak mengendahkan penjelasan mereka.

Tambahnya lagi, walaupun perbelanjaan tiket penerbangan pulang ke Malaysia itu ditanggung, tetapi dia tetap bersedih kerana impiannya selama 9 tahun untuk bercuti ke Korea akhirnya terkubur.

Sumber: Pudin Bge, Harian Metro

SKIP THIS AD ×