Debaran penantian pingat Emas buat negara di temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 telah buka tirai pada 28 Ogos 2024 di Stade de France. Sudah pastinya Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya memperolehi 2 pingat Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa.
Tumpuan seluruh rakyat Malaysia juga tertumpu kepada atlet acara lompat jauh kategori T20 iaitu Datuk Abdul Latif Romly yang pernah melakar pingat Emas di temasya sukan paralimpik edisi dahulu. Manakala, bagi edisi kali ini Toyota Malaysia bersama 11 atlet yang telah terlibat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 meraikan kejayaan mereka sebagai Asia’s Dual Heroes.
Start Your Impossible
Sejajar tagline Start Your Impossible (SYI), Toyota Malaysia telah menerbangkan media tempatan termasuklah OHBULAN! ke France untuk merasai sendiri semangat kesukanan para atlet yang terlibat dalam temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 sekali gus memberi sokongan buat kontijen negara.
Toyota Asia bersama 11 atlet Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 termasuklah Datuk Abdul Latif Romly (Malaysia), Carlos Yulo (Filipina),Kunvalut Vitidsarn (Thailand), Arshad Nadeem (Pakistan), Ernie Gawilan (Filipina),Le Van Cong (Vietnam), Nabita Shrestha (Nepal), Pongsakorn Paeyo (Thailand), Toh Wei Soong (Singapore),Ni Nengah Widiasih (Indonesia) dan Sreeshankar Murali (India) melihat keupayaan serta disebalik kisah demi merealisasikan impian diri, keluarga sekali gus mengharumkan nama negara.
Dari break-dance ke Olimpik Paris
Dalam wawancara eksklusif bersama atlet gymnastik yang telah memenangi 2 pingat Emas buat Filipina iaitu >Carlos Yulo, beliau berkongsi bakatnya dalam sukan gymnastik bermula sejak 2007 dengan hobi bersama rakan-rakannya. Atlet berusia 20 tahun ini menjadikan Kohei Uchimura sumber inspirasinya dalam memulakan minat sebagai atlet gymnastik Filipina.
Carlos Yulo bersama atlet-atlet lain juga turut berpeluang menyaksikan temasya Paralimpik Paris edisi kali ini yang dibawakan oleh Toyota.
Ini kali pertama saya menyaksikan acara Paralimpik. Semangat yang dipaparkan oleh semua atlet paralimpik sangat menakjubkan. Kesemua atlet membuktikan kekurangan fizikal mereka bukanlah suatu limitasi untuk bersama meraih kejayaan.
Selain itu, Toyota turut membuatkan saya terdetik untuk memberi inspirasi kepada masyarakat terutamanya barisan atlet muda seperti saya untuk berjaya. Saya mahu berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai sukan gymnastik kepada para atlet demi kemajuan sukan bersama.
Terima kasih rakyat Malaysia
Kami dapat merasai semangat kesukanan One Team Asia di arena Stade de France dengan memperlihatkan aksi Datuk Abdul Latif Romly bagi acara Lompat Jauh T20. Beliau berjaya membuat lompatan sejauh 7.45 meter sekali gus menyumbangkan pingat Perak buat kontinjen negara.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak mendoakan saya dalam edisi Olimpik. Saya sangat bersyukur dengan Perak walaupun tidak dapat membawa pulang Emas.
Kondisi kali ini saya tidak berpuas hati kerana tidak memberi sepenuhnya dan saya paksa diri saya untuk dapatkan yang terbaik. [Petikan Astro Arena]
Meskipun tersasar impian untuk mempertahankan pingat Emas yang dimilikinya pada edisi lalu, namun, beliau tetap bersyukur dan bangga dengan prestasi yang dipamerkan di kota Paris itu. Setidaknya, usaha beliau dapat menjadi inspirasi untuk pelbagai lapisan generasi demi mengejar impian masing-masing.
Alami mobiliti bersama
@ohbulanofficial Temasya Paralimpik Paris 2024 edisi kali ini @Toyota Malaysia terbangkan OHBULAN ke Stade de France bagi menyaksikan aksi Lompat Jauh T20, Datuk Latif Romly yang telah memenangi pingat Perak buat Malaysia. Beliau adalah Dual Heroes yang sebenar. Congrats ??! #ToyotaAsia #OneTeamAsia #StartYourImpossible #ParalympicParis2024
Tak lupa juga, kami berpeluang menyaksikan sendiri kecanggihan Toyota sebagai pengangkutan rasmi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini. Toyota turut memperkenalkan beberapa kecanggihan mesra alam; Hydrogen Society menerusi Hydrogen Bikes, Hydrogen Cargo Bikes, Hydrogen Generator, Hydrogen Refuelling Stations, Forklifts, Fuel Cell Inclusive Bus, Fuel Cell Truck, Gennie dan banyak lagi. Kami juga berpeluang merasai kecanggihan ini semua di Exclusive Toyota Mobility Park!
Sejajar dengan itu, Toyota hadir dalam memberi sokongan buat lebih daripada 250 atlet dari pelbagai negara dalam mengangkat mereka sebagai Global Team Toyota Athletes (GTTA). Manakala, di rantau Asia pula, Toyota menyokong 11 atlet dari 9 buah negara dengan mengelarkan mereka sebagai ‘dual heroes‘ dalam bidang sukan sekali gus menyumbang impak positif buat komuniti di negara masing-masing.
Merci, Toyota Asia!
Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Toyota Malaysia telah memberi peluang untuk ‘terbang’ ke Kota Romantis, Paris bagi menyaksikan sendiri semangat One Team Asia yang dipaparkan oleh para atlet dari pelbagai negara. Disamping, merasai teknologi hidrogen yang telah direalisasikan oleh Toyota sendiri. Jumpa di Los Angeles!
Merci, Toyota Asia!