Memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, seorang pelajar kurang berkemampuan yang dikenali sebagai Abdul Manaf Abdul Aziz, bakal mencapai cita-citanya mahu menjadi doktor selepas ditawar melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menerusi Facebook Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kisah remaja berkenaan telah mendapat perhatian ramai pihak sejurus keputusan SPM diumumkan, termasuk pihaknya sendiri.
Saya dapat maklumat
Kisah adik Abdul Manaf Abdul Aziz yang datang dari keluarga kurang berkemampuan tetapi mendapat keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah mendapat perhatian ramai pihak. Menurut Dr Maszlee, dia mendapat maklumat mengenai adik Abdul Manaf pada Ahad (31 Mac 2019) dan telah menghantar pegawainya ke Pekan, Pahang untuk melihat sendiri keadaan adik Abdul Manaf dan keluarganya.
Berjaya membesarkan anaknya
Saya sedih mendengar cerita adik Abdul Manaf. Ibunya sudah meninggal dunia pada tahun lalu dan ayahnya cuma bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu. Namun, di sebalik semua halangan berkenaan beliau berjaya membesarkan anaknya menjadi insan yang berilmu.
Saya difahamkan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengemukakan surat tawaran bersyarat kepada adik Abdul Manaf untuk memasuki Pusat Asasi UIAM.
Laluan khas golongan B40
Dalam masa sama, beberapa pihak juga sudah berhubung untuk memberikan biasiswa. Adik Abdul Manaf akan diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menggunakan laluan khas untuk golongan B40 dan dia juga mendoakan adik Abdul Manaf menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor.
Abdul Manaf yang menetap bersama keluarganya di Projek Perumahan Rakyat Kampung Temai, Pekan, Pahang, menyimpan impian menjadi doktor pakar dalam bidang otak dan saraf.
Sumber: Dr Maszlee Malik