Nampaknya kisah mengenai isteri kepada penyanyi Virgoun masih belum reda apabila kali ini dia dituduh menjalin hubungan sulit dengan peguamnya sendiri.
Disebabkan gosip itu juga, Inara Rusli turut dituduh tidak pandai menjaga maruah diri tatkala masih bergelar isteri. Tidak membiarkan gosip itu terus bertebaran, Inara tampil menyangkal dakwaan tersebut.
Artikel Berkaitan: Inara Mengaku Tak Pandai Melawa & Berhias Punca Virgoun Cari Lain
Artikel Berkaitan: Inara Rusli Dakwa Virgoun Siap Minta Poligami Ketika Kantoi Curang
Dapat bunga
Menerusi laporan Hot Detik, Inara berkata dia belum bersedia menerima mana-mana lamaran lelaki sekarang ini.
Saya belum bersedia menerima mana-mana lamaran lelaki. Saya masih belum cerai dengan suami.
Tambah Inara, dia tidak mempunyai sebarang masalah berkawan dengan mana-mana lelaki tetapi hubungan itu tidak lebih daripada sekadar teman biasa.
Terdahulu, viral foto Inara menerima sejambak bunga daripada peguamnya sendiri. Berikutan daripada itu, netizen mendakwa Inara menjalin hubungan dengan peguam tersebut.
Sekadar info, pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecurangannya secara terbuka.
Sumber: Hot Detik