berita

Indah Water Beri Tiket Flight PERCUMA Ke Paris, Rome & London. Ini Cara Untuk Dapatkannya!

April 19th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Admin yakin mesti ramai antara kita mengidamkan untuk bercuti ke Paris, Rome dan London kan? Terkenal dengan pelbagai lokasi Instagram-worthy yang menarik, paling tidak kita semua mesti nak jejakkan kaki dan ambil gambar sekali seumur hidup kat sana kan?

Nak admin tolong realisasikan impian korang tak? Terbang ke tiga destinasi impian setiap orang tu secara PERCUMA sebab Indah Water nak bagi tiket penerbangan PERCUMA ke Paris, Rome & London sempena kempen Bayar & Menang mereka! Nak tahu caranya?

Bayar bil on time & lebih awal daripada selalu. Senang je!

Ye, tak susah pun. Admin tak suruh korang cuci loji atau panjat Gunung Everest pun untuk dapatkan tiket penerbangan tu. Apa yang korang perlu buat hanyalah bayar bil Indah Water on time dan lebih awal berbanding biasa. Jangan sampai lebih tempoh!

Untuk pengetahuan, korang boleh bayar bil Indah Water secara atas talian di laman web Indah Water, pejabat pos, laman web perbankan atas talian dan banyak lagi saluran yang boleh didapati di www.iwk.com.my.

Kemudian, korang isi borang atas talian untuk sertai kempen ni di www.iwk.com.my/bayardanmenangSettle! Tunggu Indah Water umumkan pemenang je nanti!

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelanggan Indah Water di bawah kategori domestik (tidak termasuk kuaters kerajaan). Ia sudah berlangsung sejak awal tahun ni dan akan berakhir pada Januari 2020. Jadi, korang ada baaanyak masa dan peluang untuk rebut tiket-tiket penerbangan tu.

Nak lebih peluang untuk menang? Ikut cara ni…

Korang hanya perlu mengisi borang penyertaan SEKALI saja sepanjang tempoh peraduan. Tapi, tarikh korang bayar bil juga mainkan peranan untuk menentukan berapa jumlah penyertaan yang korang bakal terima tau.

Kalau korang nak dapat lebih banyak jumlah penyertaan, rujuk jadual kat bawah ni…

Malah, kalau korang daftar e-Bill Indah Water, korang jugak akan dapat lebih banyak jumlah penyertaan. Jom daftar e-Bill sekarang di www.iwk.com.my/customer/ebill.

Kempen Bayar & Menang Indah Water ni terbahagi kepada 3 pusingan tau!

Lebih menarik, setiap pusingan tawarkan tiket penerbangan ke destinasi berbeza! Seramai 10 pemenang akan dipilih untuk setiap pusingan dan setiap pemenang akan menerima 2 tiket penerbangan tau! Wah, boleh ajak pasangan masing-masing!

Pusingan pertama yang berlangsung dari Januari hingga April 2019 menawarkan tiket penerbangan ke Paris, tapi korang mesti settle bil Indah Water sebelum 31 Mei 2019.

Manakala, pusingan kedua pula bakal bermula dari Mei hingga Ogos 2019. Korang kena settle bil Indah Water sebelum 30 September 2019 dan 10 pemenang yang bertuah akan menerima 2 tiket penerbangan ke Rome secara PERCUMA!

Pusingan terakhir pula akan bermula dari September hingga Disember 2019. Sebanyak 10 pemenang akan dipilih dan masing-masing akan menerima tiket penerbangan ke London. Tapi korang kena settle bil Indah Water sebelum 31 Januari 2020 tau!

Tunggu apa lagi? Check cepat bil Indah Water korang dah sampai belum kat rumah. Kalau dah, cepat-cepat bayar dan rebut tiket-tiket penerbangan ke destinasi ‘hot‘ ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Indah Water okay, good luck!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×