

Seorang individu berusia 20 tahun tekad menamatkan hidupnya setelah empat hari mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati.
Artikel Berkaitan: Tertekan Isteri Nak Majlis ‘Grand’, Buruh Binaan Gantung Diri Sehari Sebelum Anak Kahwin
Artikel Berkaitan: Bakal Mentua Letak Wang Hantaran Tinggi, Lelaki Tamatkan Riwayat Dengan G*ntung Diri – ‘Tolong Cari Lokasi Saya Sayang’
4 hari bergelar suami

Menerusi laporan Tribun News, majlis perkahwinan dijalankan secara terburu- buru tanpa sebarang perancangan yang teliti.
Dilaporkan, tubuh mayat pengantin lelaki ditemui oleh ayahnya di belakang rumah.
Menurut ahli keluarga, mangsa didakwa bergelut dengan masalah kewangan setelah mendirikan rumah tangga.
Dia (pengantin lelaki) mengalami tekanan emosi dan berdepan dengan kesukaran untuk menjalani dunia perkahwinan.
Bagaimanapun, punca kematian yang menyayat hati ini masih dalam siasatan pihak polis.
Mesej terakhir

Berkongsi lebih lanjut, individu terbabit sempat menghantar pesanan terakhir pada adik perempuannya sebelum bertindak membunuh diri.
Pada pesanan itu, individu yang dikenali sebagai KN mengingatkan adiknya agar sentiasa berusaha mencari duit sendiri.
Tolong cari duit banyak-banyak adik, supaya orang menghargai awak.
Sumber: TribunNews







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)