Seorang individu mendakwa dirinya merupakan kenalan kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed sekali gus mendedahkan sisinya semasa menetap di Egypt.

Artikel Berkaitan: Jurusolek Bongkar Mesej Dengan Da’i Syed, Dakwa Pernah Disuruh ‘Check In’ – ‘Masa Tu Dia Dengan Isteri Bercuti Di Pulau Pinang’

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Hana Ismail Padam Gambar Bersama Da’i Syed

Borak lucah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit mendakwa Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail sering berborak topik lucah.

Dakwanya lagi, Syed memaklumkan bahawa keturunannya tidak akan ke neraka walau sebesar mana dosa yang dibuat.

Aku kenal dia masa duduk di Egypt dulu. Aku faham kenapa isteri dia jadi sampai macam itu sekali.

Syed suka sembang nak selit perkara lucah.

Paling kerap sekali dia brainwash mengatakan keturunan Syed Sharifah tidak akan masuk neraka.

Buat salah besar mana pun kena siksa dalam kubur saja. Lepas itu, akan masuk syurga terus.

Hari-hari cakap macam itu. Sampai dah meluat dengan keturunan Syed Sharifah.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gagal menahan berang membaca dakwaan yang didedahkan individu terbabit.

Sumber: Threads @khairullah_aj