Semalam, pelakon, Atiq Azman meluahkan rasa bengang apabila seorang individu lelaki mendakwa dirinya tidak ‘lurus’ gara-gara muat naik video di media sosial baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Dituduh Sengaja Tayang Anu Di Media Sosial, Raja Atiq Bengang Individu Dakwa Dirinya ‘Gay’
Terbaru, Atiq memberitahu bahawa individu berkenaan sudah melakukan permohonan maaf terhadap dirinya.
Minta maaf
Menerusi posting di Instagram Story, Atiq berkata individu tersebut telah membuat permohonan maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya semula pada masa hadapan. Tambah Atiq, individu tersebut sedar bahawa tempias daripada kenyataan yang viral itu boleh menyebabkan reputasinya sebagai anak seni tercalar.
Ujar Atiq lagi, dia berharap isu seperti itu tidak akan berulang lagi. Ini kerana, dia nyaris mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwa dirinya ‘tidak lurus’.
Maafkan dia. Jangan ada macam ni ye lain-lain. Saman malu standby je.
Sumber: Raja Atiq