Di Twitter, individu yang mendakwa Uqasha Senrose sebagai ‘kaki buli’ di sekolah telah tampil bersuara dan menyatakan hasrat untuk berbaik semula dengan pelakon tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Tweet Awak Dah Delete…Kenapa? Musykil Pula Saya’ – Uqasha Senrose Pasang Peguam, Buat Laporan Polis
Artikel Berkaitan: Mengaku Pernah Hisap Rokok Depan Sekolah, Individu Dakwa Uqasha Kaki Buli Buka Aib Sendiri?
Tak mahu panjangkan isu
Menurut individu berkenaan, dia bersedia untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku dengan Uqasha. Tambah individu tersebut, dia yakin Uqasha bukan lagi orang yang sama yang pernah menyakiti hatinya.
Saya bersedia untuk selesaikan perkara ini dengan Uqasha Senrose dan hentikan isu ini. Saya percaya dia dah berubah selepas apa yang terjadi. Buktikan pada saya yang awak bukan lagi orang yang sama yang pernah menyakiti saya.
Terdahulu, isteri kepada pelakon Kamal Adli ini berkata, dia nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang mendakwa dirinya sebagai kaki buli pada zaman persekolahan.
Ujar Uqasha, penyebaran dakwaan palsu yang viral menerusi Twitter tersebut telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Tambah Uqasha, dia telah membuat laporan polis dan melantik peguam bagi menguruskan kes berkenaan.
Bukan itu sahaja, Uqasha turut meluahkan rasa pelik mengapa individu tersebut telah memadam kebanyakan ciapan di Twitter dan mahu berbaik dengan dirinya.
Sumber: Twitter