
Seorang individu mendedahkan jasa salah seorang mangsa yang maut susulan bot yang dinaiki terjatuh ke laut di Platform Sepat, perairan Terengganu/Kelantan.
Artikel Berkaitan: Isteri Hamil Maut, Suami Masukkan Mata Gergaji Besi Dalam Alat Sulit
Artikel Berkaitan: Pakar Diet Maut Dic*kik Suami, Mayat Disumbat Dalam Kotak Kayu & Disimen Di Rumah
Mangsa bot maut
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu terbabit dilihat memuat naik gambar Allahyarham dengan sijil penghargaan yang diterimanya daripada pihak hospital.
Difahamkan, mangsa, Ahmad Fikri Zakaria, 38, merupakan seorang penderma tegar yang aktif menyumbang darah di sebuah hospital di Melaka.
Rupanya arwah salah seorang mangsa terkorban dalam tragedi jatuhnya bot penyelamat di Terengganu adalah penderma darah setia di Hospital Umum Melaka.
Setiap yang bernyawa akan merasai kematian.
Terima kasih tuan Ahmad Fikri Bin Zakari, jasamu akan dikenang.
Darah tuan akan sentiasa mengalir dalam tubuh yang memerlukan darah tuan.
Imbas kembali, tiga pekerja pelantar minyak disahkan maut selepas menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, bot penyelamat yang dinaiki dilaporkan terhempas ke laut selepas tali yang dipasang pada bot berkenaan dipercayai tercabut.
Sumber: Threads @jojieting