Hantaran seorang pengguna media sosial di platform Threads mencetuskan kemarahan orang ramai apabila individu tersebut mendoakan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman bercerai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Dedah Fattah Amin Penyabar & Punya Sikap Melindungi – ‘Tengok Cara Dia Dengan Keluarga’

Artikel Berkaitan: Hantaran Amira Othman Jadi Sasaran, Netizen Risau Baca Komen Negatif – ‘Banyak Pahala Dia Mengalir’

Gesa Fattah & Amira saman

Lebih mengejutkan, individu berkenaan turut mendakwa Amira sedang berbadan dua selain mengeluarkan kenyataan melampau dengan berharap kandungan penyanyi itu gugur.

Rentetan daripada hantaran tersebut, ramai netizen tampil mengecam tindakan individu terbabit yang disifatkan keterlaluan serta tidak beradab.

Malah, ada juga yang menggesa Fattah dan Amira agar mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan kerana menyebarkan kata-kata berbaur fitnah dan kebencian.

Terdahulu, Amira dalam satu temu bual pernah menegaskan bahawa dia memilih untuk mengabaikan komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap dirinya demi menjaga kesihatan mental.

Bagaimanapun, jelas pelantun lagu Hati-Hati itu, sikap berdiam diri bukan bermakna dia menerima atau menelan bulat-bulat segala kata-kata jahat yang ditujukan kepadanya.

Malah, Amira mengambil langkah menyekat mana-mana akaun media sosial yang meninggalkan komen berbaur hinaan terhadap dirinya.

Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.

Sumber: Threads