
Seorang individu menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pengambilan kobis goreng yang sering dihidangkan bersama menu ayam gepuk kerana sayur tersebut sudah hilang khasiat selepas melalui proses menggoreng.
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Berang Baca Kes Isteri Mengidam Ayam Gepuk Dicekik Suami, Titip Doa Lelaki Toksik Tak Bertemu Jodoh
Artikel Berkaitan: Tular Video Dakwaan Restoran Ayam Gepuk Kotor, Ini Jawapan Haqiem Stopa – ‘Kedai Di KL Sudah Lama Tak Beroperasi’
Elak makan kobis goreng

Menerusi perkongsian di TikTok, individu berkenaan menjelaskan kobis sememangnya kaya dengan pelbagai nutrien dan antioksidan, namun khasiat itu dikatakan berkurangan apabila dimasak menggunakan suhu yang terlalu tinggi.
Siapa yang makan dan siapa yang menjual ayam gepuk, mohon ambil perhatian.
Sayur kobis sebenarnya mengandungi antioksidan. Kalau digoreng, dah mati kan dia, jadi apa yang kita makan?
Makan hampas? Jadinya kita semua perlu berhenti makan kobis goreng.
Dalam perkongsian sama, individu terbabit turut mengingatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap pemakanan harian dan mengetahui kandungan makanan yang diambil.
Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita perlu sedar dan ambil tahu apa yang kita makan di atas pinggan.
Apa yang mahu dimasukkan dalam perut juga penting. Makanan seperti kobis goreng, kita tak perlukan hampas dalam badan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengambil maklum dengan informasi yang dikongsikan dan menjadi cakna dengan hidangan mereka.
Sumber: TikTok







