Pempengaruh Ameera Khan sekali lagi meraih perhatian warganet apabila kecantikannya menjadi topik perbualan di media sosial.

Artikel Berkaitan: Netizen Terkebil-Kebil Biji Mata Tengok ‘Oufit’ Ameera Khan Tepi Pantai

Artikel Berkaitan: ‘Jika Lelaki Tak Buat Awak Rasa Selamat & Stabil, Jangan Kompromi’ – Ameera Khan Dedah Bapa Sering Kecewa Dengan Pilihan Pasangan

Cantik ke tak?

View on Threads

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna media sosial mencetuskan perbincangan apabila bertanya sama ada pempengaruh Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) benar-benar dianggap cantik di mata umum.

Anda semua rasa Ameera Khan cantik ke? Berikan alasan untuk kedua-dua jawapan.

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian seorang individu yang berkongsi pengalamannya bertemu adik kepada selebriti Neelofa itu secara bersemuka.

Menurut individu berkenaan, Ameera Khan sememangnya memiliki daya tarikan tersendiri walaupun tampil dengan penampilan ringkas tanpa solekan tebal.

Pernah nampak dia depan mata sendiri. Memang menyerlah antara semua orang yang ada di restoran itu.

Masa itu dia pakai baju ringkas dan jeans, dengan hampir tiada solekan di wajah.

Jadi ya, pada pandangan saya, dia memang cantik.

Sumber: Threads @beetashukor