Seorang individu yang mengaku dirinya merupakan peminat kepada pelakon dan usahawan, Nur Fazura membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi, Amira Othman.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Kongsi Khutbah Rasullah – ‘Jangan Lukai Orang Lain Seperti Orang Lain Melukaimu’

Artikel Berkaitan: Amira Othman Tak Melatah Busana Raya Disamakan Dengan Terung – ‘Fesyen Itu Subjektif’

Mohon maaf

Permohonan maaf itu dibuat susulan tindakan individu terbabit yang mengakui pernah melontarkan kata-kata tidak baik serta komen negatif terhadap Amira sebelum ini.

Kepada Amira Othman, dengan ikhlas saya minta maaf untuk semua kata-kata saya sebelum ni. Saya dah buat keputusan untuk tak mahu terlibat lagi dalam mana-mana hate post berkaitan Amira ataupun Fazura.

Saya tetap peminat Fazura dan akan terus menyokong setiap perjalanan dan perkembangan Fazura. Saya sedar saya boleh sayang satu pihak tanpa menyakiti hati pihak yg lain. Saya sekali lagi betul-betul minta maaf kepada Amira.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut menasihati orang ramai agar tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan dakwaan tidak benar sehingga isu tersebut menjadi lebih besar.

Kepada segelintir peminat jangan lebih-lebih cakap benda yang aku tak pernah cakap. Tak pernah aku cakap perkataan yang kotor kepada dia (Amira) macam anjing dan sebagainya.

Itu aku cakap korang jangan lebih. Tak pernah juga aku sentuh bab perkahwinan dia. Siapa cakap aku pernah maki atau keluarkan perkataan kotor kepada dia sumpah korang yang kotor.

Sumber: Threads