berita

Individu Pakai Bikini Di Pusat Peranginan Akan Didenda RM2.2K

July 12th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Travel Weekly

Datuk Bandar Sorrento iaitu Massimo Coppola baru-baru ini menguatkuasakan peraturan iaitu mengenakan larangan memakai bikini dan pakaian renang menjolok mata di pusat peranginan popular di bandar tersebut.

Denda RM2,246.98

Foto: Daily Mail

Memetik laporan IB Times, Massimo Coppola menetapkan denda sehingga 500 Euro bersamaan RM2,246.98 kepada pelancong mahupun pengunjung yang berbikini dan memakai pakaian menjolok mata di bandar peranginan Sorrento, Itali. Bukan itu sahaja, peraturan tersebut juga terikat terhadap mana-mana individu yang bersiar-siar di kawasan itu tanpa memakai baju.

Menurut Coppola, pelancong yang berpakaian hampir bogel telah menyebabkan ketidakselesaan dan kurang disenangi penduduk tempatan. Difahamkan, peraturan tersebut dibuat kerana Massimo Coppola mahu membanteras tingkah laku tidak sopan yang bertentangan dengan kesantunan serta peradaban rakyat di negara itu.

Sekiranya perlakuan kurang disenangi penduduk dan juga pelancong ini berleluasa, ia boleh membawa kepada penilaian negatif terhadap kualiti kehidupan di bandar kami, sekali gus memberi kesan kepada imej dan sektor pelancongan.

Sorrento adalah bandar pinggir laut di Teluk Naples yang terkenal sebagai satu lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar di mana ianya berlatar belakangkan bangunan indah di tepi pantai. Selain Sorrento, bandar popular lain di Itali yang mengetengahkan peraturan etika berpakaian adalah Praia a Mare di wilayah Calabria dan Rapallo.

Sumber: IB Times, Daily Mail, Mirror UK

SKIP THIS AD ×