berita

Individu Pertama Terima Jantung Babi Meninggal Dunia

March 10th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang dikenali dengan nama David Bennet/Dave Bennet disahkan meninggal dunia dua bulan selepas menerima pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik.

Artikel Berkaitan: Pembedahan Berjaya, Lelaki Ini Sudah Hidup Empat Hari Pakai Jantung Babi

Meninggal lepas terima jantung babi

Memetik laporan USA Today, lelaki berusia 57 tahun itu mengalami penyakit jantung dan telah menerima jantung babi yang diubah suai secara genetik dan bertindak sebagai penderma organ pada 7 Januari lalu. Selepas melakukan pembedahan tersebut, keadaan kesihatan Bennet dikatakan semakin pulih namun siapa sangka sejak beberapa hari lalu, kesihatannya semakin merosot. Lebih menyedihkan apabila doktor memaklumkan terdapat tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa Bennet tidak akan sembuh.

Bagaimanapun, di saat-saat terakhirnya, Bannet sempat berhubung dengan ahli keluarga. Bannet disahkan meninggal dunia pada Selasa lalu di Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC). Menurut sumber, Bennet merupakan individu pertama yang melakukan pemindahan organ haiwan yang diubah suai secara genetik kepada manusia.

Kami sangat sedih dengan kehilangan Encik Bannet. Dia terbukti sebagai seorang pesakit yang berani dan mulia sehingga ke akhirnya.

Difahamkan, pihak hospital masih menjalankan penyelidikan menyeluruh bagi mengetahui punca kematian Bennet. Pembedahan tersebut merupakan yang pertama di dunia dan berjaya dilakukan oleh pasukan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Maryland.

Sumber: USA Today

SKIP THIS AD ×