berita

Individu Sumbat Kucing Dalam Plastik & Campak Ke Sungai Dicari

June 25th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tidak berperikemanusiaan, itulah ayat yang sesuai diberikan kepada seorang lelaki yang melakukan perbuatan kejam dengan mencampakkan seekor kucing ke dalam sungai di Betong, Sarawak. Kejadian berkenaan tular di media sosial sejak semalam dan telah mencetuskan kemarahan netizen yang melihat video tersebut.

Sumbat kucing dalam plastik sebelum campak ke dalam sungai

Menerusi video yang dimuat naik oleh Persatuan Haiwan Malaysia di Facebook, memaparkan seorang lelaki yang memakai baju berkolar serta berseluar biru dengan selamba dan tidak ada hati perut meletakkan kucing di dalam beg plastik sebelum dia mencampakkan kucing berkenaan di dalam sungai.

Kucing terdedah bahaya dibaham buaya atau mati lemas. Perlakuan lelaki tua ini didedahkan kepada Animal Malaysia didakwa berlaku di Betong, Sarawak baru-baru ini tanpa tarikh sebenar.

Persatuan berkenaan juga menyeru kepada warga Betong, Sarawak agar mengenal pasti siapa pelaku yang tidak mempunyai sifat belas kasihan itu serta membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya tindakan selanjutnya diambil.

Gesa pihak berkuasa beri hukuman yang setimpal

Jelasnya lagi, Sarawak merupakan negeri autonomi dan mempunyai Akta Kenajikan Haiwan 2015 di bawah Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 (Sabah dan Sarawak) perlu pindaan dengan memasukkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejam berkenaan dengan memasukkan hukuman sebatan.

Jangan beri peluang kepada penjenayah kezaliman haiwan hidup bebas. Mereka perlu dijejak, ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara.

Video yang berdurasi 30 saat itu telah meraih sebanyak lebih 16 ribu tontonan dalam masa sehari dan rata-rata komen daripada netizen berasa kesal serta marah dengan perbuatan lelaki berkenaan.

Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia

SKIP THIS AD ×