berita

Individu Tergamak Rogol Bayi Berusia 18 Bulan Sampai Mangsa Termuntah Sebelum Disahkan Meninggal Dunia

February 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki tergamak merogol seorang bayi yang baru berusia 18 bulan sehingga mangsa mengalami kecederaan parah. Apa yang paling tidak disangka-sangka, lelaki ini kemudian menipu pihak berkuasa kononnya bayi berkenaan cedera selepas terkena alat pemanas.

Baju mangsa penuh dengan muntah

Foto: The Sun

Memetik laporan daripada The Sun, suspek, Gabriel Robert Marincat yang berusia 25 tahun didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang bayi yang dikenali dengan nama Sharon Barni. Difahamkan, mangsa juga merupakan anak kandung kepada teman wanitnya.

Kejadian itu disedari oleh nenek mangsa yang melihat cucunya itu sudah tidak sedarkan diri di rumah mereka yang terletak di Itali. Malah, pakaian mangsa juga dikatakan dipenuhi dengan muntah. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut tetapi apabila ditanya apa sebenarnya yang terjadi terhadap mangsa, suspek menjawab kononnya bayi itu terkena alat pemanas.

Terdapat kesan kecederaan

Foto: The Sun

Namun sebaliknya pula yang terjadi selepas doktor membuat pemeriksaan dan hasilnya menunjukkan bahawa terdapat kesan penderaan seksual terhadap mangsa. Menurut sumber, bayi berkenaan dikatakan telah menjadi mangsa serangan seksual suspek sehingga menyebabkan kematian. Mangsa disahkan meninggal dunia pada 11 Januari 2021 yang lalu.

Hasil daripada bedah siasat pula mengesahkan terdapat tanda kecederaan lain yang jelas berlaku sebelum ini dan tidak dirawat. Suspek yang menyedari dirinya diburu pihak berkuasa kemudian bertindak melarikan diri ke pangsapuri teman wanitanya.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×