berita

Indonesia Kagumi Kepimpinan Ismail Sabri, Digelar Putera Penoreh Getah

November 8th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Youtube Asro Channel

Walaupun baru setahun lebih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan setelah dilantik pada 21 Ogos 2021 lalu, namun kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikagumi dari kaca mata media Indonesia.

Apa yang membuatkan media Indonesia melihat kepimpinan dan keperibadiannya?

Untuk pengetahuan semua,  media Indonesia memandang tinggi kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berjaya mengubah kehidupannya dari seorang anak penoreh getah kepada pemimpin negara yang disegani ramai sehingga menggelarnya sebagai Putera Penoreh Getah.

Sifat bersahaja dan keakraban dalam menyantuni dan melayan kumpulan media dari seberang dianggap sebagai keluarga yang sudah lama tidak bersua.

Kalau nak tahu lebih lanjut, saksikan Youtube Asro Channel, youtube milik Asro Kamal Rokan, seorang tokoh wartawan Indonesia yang juga Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) tentang perspektif dan pengalamannya bersama Perdana Menteri Malaysia Kesembilan ini.

SKIP THIS AD ×