berita

Industri Filem & Muzik Hancur Jika PAS Berkuasa – Norman KRU

April 29th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

norman KRU

Jika Azhar Sulaiman mengecam penyokong Pakatan Rakyat, lain pula bagi Norman Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Norman KRU.

Abang kepada Yusry dan Edry ini semalam dilihat mengecam parti pembangkang iaitu PAS apabila dia mendakwa industri muzik dan perfileman tempatan akan musnah jika PAS memegang tampuk pemerintahan negara.

“Sorry ye, apa yg saya tweet ni mesti penyokong PR tak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur,” ujar Norman dipetik dari laman Twitternya.

Screen Shot 2013-04-29 at 8.20.02 AM

Tak cukup disitu, Norman turut menambah, pengeluaran muzik dan filem antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas.

Screen Shot 2013-04-29 at 8.27.06 AM

Wah, nampaknya kini semakin ramai artis yang lantang bersuara melalui medium sosial. Sebagai seorang yang neutral, adakah anda setuju dengan tindakan mereka ini?

Atau mungkin artis sepatutnya memberikan pendapat dan pandangan yang lebih baik tanpa menyentuh sensitiviti serta ‘menembak’ mana-mana pihak?

Oh ya, mahu tahu apa persamaan Norman KRU dan Azhar Sulaiman? Kedua mereka masih berusia 41 tahun.

SKIP THIS AD ×