berita

INFINITE Bikin Peminat Histeria

October 21st, 2013 | by Ai
Kini Trending

A06A5659

Malam Sabtu lalu telah berlangsungnya konsert pertama kumpulan yang berasal dari Korea Selatan iaitu INFINITE menerusi 2013 INFINITE 1st World Tour One Great Step di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Ribuan penonton telah dihiburkan dengan persembahan mantap oleh ketujuh-tujuh ahli kumpulan ini yang dianggotai oleh Sungyeol, Woohyun, L, Dongwoo, Hoya, Sungkyu, dan Sungjong.

Apa yang penting, INFINITE tidak hanya berjaya memukau peminat dengan pergerakan tarian yang sangat kemas, tetapi mereka juga menunjukkan kebolehan menyanyi secara langsung tanpa ‘miming’.

A06A5923

Sebaik sahaja INFINITE berdiri di atas pentas dan memulakan persembahan, kedengaran sorakan kuat yang datang dari setiap penjuru stadium. Hampir kesemua penonton menjerit bagaikan histeria melihat penghibur kesayangan mereka itu.

Dan untuk pengetahuan anda, tidak ada sekalipun peminat-peminat ini berhenti bersorak sepanjang dua jam konsert berlangsung. Keterujaan mereka seakan mengiringi persembahan penuh bertenaga dari INFINITE pada malam tersebut.

INFINITE pula kelihatan begitu gembira dapat menghiburkan peminat-peminat mereka di Malaysia apabila sesekali mereka cuba berinteraksi dengan penonton yang hadir menggunakan Bahasa Malaysia.

IMG_1342

Walaupun sedikit pelat dan agak sukar difahami namun mereka berjaya juga menyebut “terima kasih“, “saya cinta kamu“, “kami akan buat kamu tidak mahu lupakan kami” dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, INFINITE juga membuat penonton terkejut apabila kumpulan itu menyanyi lagu rakyat Rasa Sayang sambil diiringi oleh hadirin.

Keunikan konsert pada malam tersebut diserlahkan lagi menerusi kisah pendek lakonan semua anggota INFINITE yang dipaparkan di skrin sementara penonton menunggu mereka menukar pakaian.

A06A5408

Kumpulan yang popular dengan gerak tari mengagumkan ini sekali lagi memukau penonton dengan tarian ‘breakdance’ dan sempat menunjukkan kebolehan bermain ‘turntable’.

Selain daripada itu, INFINITE turut menunaikan janji mereka untuk membuat persembahan solo menerusi lagu Beautiful yang disampaikan oleh Woohyun. Manakala Sungkyu pula menyanyikan lagu 60 Seconds.

Namun persembahan solo oleh L adalah yang paling mengujakan pada pendapat kami apabila dia tampil dengan ‘teddy bear’ besar berwarna putih dan sambil beraksi comel menyampaikan lagu Love U Like U.

IMG_1410

Antara lagu lain yang dipersembahkan adalah seperti Destiny, Tictoc, Paradise, Wings, Inception, Be Mine, Can You Smile, I’m Going To You, Nothing’s Over, Man in Love, That Summer, MOM, Still I Miss You, Chaser, Entrust, B.T.D., Come Back to Me, Hysterie, Cover Girl dan With.

Sebelum menutupi persembahan, INFINITE sempat melahirkan rasa terharu mereka dengan sambutan dan sokongan yang diberikan. Malah, Woohyun juga tanpa disangka telah menitiskan air mata akibat terlampau gembira kedatangan mereka disambut baik di Malaysia.

A06A6372

Untuk makluman anda, selepas ini INFINITE akan menuju ke Amerika Syarikat dan Eropah pula untuk menjayakan konsert siri jelajah dunia mereka.

SKIP THIS AD ×